Pada entri kali ini, kita bincangkan trend kahwin dari segi tema, warna dan pilihan busana paling popular untuk dijadikan tema majlis kahwin. Tentu pening kan bila fikir pasal warna dan tema untuk hari bahagia. Semoga artikel ini membantu mendapatkan idea untuk hari bahagia anda!

Trend Kahwin 2020 

1. Minimalist 

Kebanyakkan bakal pengantin memilih tema dan konsep minimalist untuk tema kahwin 2020 sesuai dengan ungkapan inggeris, less is more. Sekarang ramai yang nak kan majlis yang sederhana tapi meriah.

Trend minimalist kebiasaannya akan menggunakan latar belakang warna putih dan digabungkan dengan elemen lain yang boleh membantu menaikkan seri pada pelamin. Selalunya, sedikit bunga-bungaan segar dan dedaun hijau dipilih untuk menyerikan lagi pelamin bagi tema ini.

Trend kahwin seperti ini memang sesuai bagi mereka yang nak save budget. Ringkas dan cantik. Wang yang lebih bolehlah digunakan untuk berbulan madu!

Jika anda seorang yang kreatif, pelamin bertemakan minimalist boleh saja dibuat sendiri. DIY sendiri barulah menepati citarasa anda. Nak kan lebih banyak lagi idea sebegini? Boleh layari instagram thelovecreation

2. Rustic

Tema seperti rustic juga antara yang paling hit untuk tahun 2020. Selepas perkahwinan artis Yuna, ramai pula yang menyukai idea seperti ini. Tema rustic ini lebih banyak sarat berbanding minimalist.

Bagi mereka yang menyukai tema seperti english garden tapi mahukan sedikit kelainan, tema rustic ini memang sesuai untuk anda.

Tema ini menggunakan unsur unsur alam seperti kayu dan daun-daun hijau, diselitkan sedikit warna emas atau kuning dan bunga-bungan warna pastel dan terang untuk menaikkan seri pelamin. Tumbuhan berjurai juga banyak digunakan untuk tema ini.

Kebiasaannya, kawasan taman (garden) ialah lokasi pilihan untuk perkahwinan bertemakan rustic ini.

K’ Seena House ada menyediakan lokasi menarik untuk anda langsungkan majlis anda! Hubungi segera! Risau-risau nanti tarikh yang anda inginkan dah fully booked! Gigit jarilah nampaknya.

Servis pelamin bertemakan rustic boleh juga didapati daripada akaun instagram Capredoca

3. Tradisional

Trend kahwin tradisional memang evergreen. Bak kata pepatah melayu, tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan. Sentiasa akan in trend tak kira lah berapa tahun pun. Tetap ada peminatnya.

Warna kuning memang sinomin dengan tema ini tapi tak salah juga kalau kita tukar dengan warna lain. Warna putih/off-white atau perak (silver) lebih tampak klasik.

Trend kahwin popular 2019/2020, pelamin minimalist, pelamin simple, pelamin tradisional, pelamin klasik

Wedding Galore dan SelyWeddingplanner boleh membantu kalau ada yang berminat dengan pelamin stail klasik seperti ini.

Baju Kahwin 2020

Warna Baju

Warna Pantone bagi tahun 2020 ialah living coral . Namun, warna bold seperti navy bluemaroon dan dark purple antara warna pilihan bagi mereka yang inginkan sesuatu yang nampak elegan.

Warna “Navy Blue”
Warna “Dark Purple”
Warna “Maroon”

Bagi tahun 2020, warna pastel seperti blush pinkcoral, dan baby blue masih menjadi warna kegemaran bakal pengantin untuk majlis mereka. Warna seperti ini tampak lebih manis dan sejuk berbanding warna-warna terang.

Warna “Blush Pink”
Warna “Coral/Peach”
Warna “Baby Blue”

Tidak ketinggalan juga warna-warna neutral seperti warna nude dan kelabu masih menjadi pilihan bagi sesetengah pasangan pengantin. Bakal pengantin yang mememilih warna seperti ini sesuai bagi mereka yang inginkan kesederhanaan tapi tetap tampil cantik dan menawan.

Warna “Nude”
Warna Kelabu

Stail Baju Kahwin

Tak lengkap rasanya sesuatu majlis tanpa pilihan busana yang mampu memukau setiap mata yang melihat. Tentu sekali anda mahu jadi tumpuan utama terutamanya ketika majlis perkahwinan anda sendiri. Pilihan busana pengantin sangatlah penting supaya kena dengan tema perkahwinan. 

Tahun 2020 banyak pereka-pereka fesyen pakaian pengantin menengahkan busana-busana daripada songket dengan perincian yang ringkas. Tak kurang juga bakal- bakal pengantin memilih pakaian tradisional. Antara yang popular ialah baju kurung moden, baju kurung pahang dan kebaya.

Baju klasik seperti ini mudah ditempah dan harganya jauh lebih murah berbanding anda sewa pakaian dari pihak bridal. Selain boleh disimpan sebagai kenangan, boleh juga diguna semula apabila menghadiri majlis makan malam atau majlis glamor yang lain. Barulah berbaloi berbelanja lebih untuk baju kahwin!

Artis tempatan seperti Kaka Azraff dan Fasha Sandha turut memilih busana tradisional sebagai pakaian pengantinnya baru-baru ini. Baju begini tampak lebih manis dan sopan seiring dengan budaya dan adat tempatan.

Trend kahwin popular 2019/2020, baju kahwin kaka azraff, baju kahwin fasha sandha
Credit : Official Instagram @fashasandha dan @kakaazraff

Nota Kaki

Apa pun pilihan anda, pastikan anda berpuas hati dan happy. Pilih yang terbaik bagi anda dan juga keluarga. Tak perlu terlalu mengikut trend kahwin semasa. Paling penting, majlis meriah dan diberkati. Tak guna berbelanja besar kalau anda tidak puas hati.