Ramai yang memandang enteng soal penjagaan kaki. Penjagaan kaki amat penting terutamanya bagi bakal pengantin. Kaki yang tidak dijaga rapi boleh merosakkan penampilan seseorang tanpa disedari.

Oleh itu, kami sertakan beberapa tips yang boleh diamalkan sebelum menjelang hari perkahwinan korang. Dinasihatkan supaya mengamalkan tips ini sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis berlangsung.

Tips Lindungi Kaki

  1. Elak berkaki ayam semasa berada di luar rumah
  2. Gunakan kasut yang sesuai
  3. Periksa bahagian dalam kasut sebelum pakai
  4. Elak menggunakan kasut baru lebih daripada satu jam pada sesuatu masa
  5. Pastikan memakai kasut dengan saiz yang betul
  6. Sentiasa memakai stokin apabila memakai kasut dan elak memakai stokin yang ketat

Panduan Penjagaan Kaki

  1. Periksa kaki setiap hari
  2. Periksa di celah jari kaki
  3. Basuh kaki menggunakan air sabun yang lembut dan anti bakteria
  4. Keringkan kaki selepas mebasuh kaki/mandi terutama di celah jari kaki
  5. Sapu losyen di kaki untuk mengelakkan kulit kering. Dilarang sapu losyen di celah-celah jari kaki untuk menggelakkan jangkitan fungus.

Tips Lain Yang Disarankan Untuk Bakal Pengantin

  1. Pakai losyen dan stokin sebelum tidur.
    • untuk mengelakkan kulit kaki kering ketika tidur
  2. Pakai stokin ketika keluar rumah
    • untuk mengelakkan kulit kaki menjadi hitam dan berbelang
  3. Sapu sunscreen pada kulit kaki
    • selain kulit wajah, kulit kaki juga senang terdedah kepada sinaran UV. Jadi sapu sunscreen untuk mengelakkan kulit kaki mudah berkedut dan rosak disebabkan sinaran UV.
  4. Scrub kaki sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
    • selain memberus kaki, korang juga boleh exfoliate kaki korang menggunakan scrub supaya semua kulit-kulit mati hilang.

Penjagaan Kuku Kaki & Tangan

Selain daripada penjagaan kaki, penjagaan kuku kaki dan tangan juga penting ye! Sebagai bakal penganti, kita mahukan semuanya sempurna. Daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jadi jangan memandang remeh kepada penjagaan dan kebersihan kuku kaki dan tangan.

Kuku tangan dan kaki yang cantik sebenarnya menambah daya penarik seseorang terutama bakal pengantin. Semasa majlis, korang pasti banyak salam-menyalam dan menyambut tetamu, jadi kecantikkan kuku perlulah dijaga juga!

Mungkin ada yang tak tahu cara potong kuku yang sebenar. Jadi kami kongsikan cara yang betul untuk memotong kuku.

Cara Potong Kuku Yang Betul

  1. Potong kuku dengan lurus menggunakan kepit kuku yang sesuai
  2. Gesek di tepi kuku yang tajam selepas memotong kuku
  3. Tidak berkongsi pengetip kuku dengan orang lain

Panduan Menjaga Kuku

  1. Jangan suka gigit kuku
    • kuku yang selalu digigit akan menyebabkan kuku yang akan tumbuh menjadi rosak.
  2. Pastikan kuku kering dan bersih
    • untuk elakkan bakteria dan kuman dari membiak. Bawah kuku perlu dibersihkan sentiasa selepas mandi atau selepas membasuh tangan.
  3. Jangan tarik lebihan kuku atau lebihan kulit disekeliling kuku
    • gunakan penyetip kuku untuk merapikan kuku.
  4. Sapu pelembap khas untuk kuku
    • untuk memastikan kutikel kuku sentiasa sihat dan berkilat.
  5. Lakukan rawatan manicure dan pedicure sebulan sekali
    • Apa salahnya kalau korang ada duit lebih untuk manjakan diri dan kelihatan cantik di hari bahagia nanti. Lakukan manicure dan pedicure supaya kuku kekal sihat dan cantik.

Nota Kaki

Anda mahukan lagi artikel seperti ini? Berikan cadangan dan soalan di ruang komen dibawah. Jangan lupa untuk follow dan like FB dan Instagram kami untuk updates yang terkini.