Pengapit atau bridesmaid bukan sesuatu yang asing dalam adat majlis perkahwinan melayu. Walaupun bridesmaid adalah budaya barat, namun ianya tetap menjadi budaya yang dipraktikkan oleh segelintir masyarakat kita hari ini.

Namun, tidak ramai yang mengetahui peranan dan tugas-tugas sebagai pengapit atau bridesmaid. Bridesmaid bukan hanya untuk penuhkan gambar dan memeriahkan majlis je ye! Antara tugasnya termasuklah:

1.Bantu Ahli Keluarga Pengantin Menyiapkan Keperluan Majlis.

Datang awal dan bantu ahli keluarga pengantin untuk menyiapkan majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan. Ringankan tulang untuk menolong apa-apa yang perlu seperti bungkus atau menyusun goodies/doorgift.

Jika majlis dilangsungkan di rumah pengantin, tolong-tolonglah kemas apa apa yang patut seperti sapu rumah atau menyusun atur perabot untuk majlis nanti. Jangan datang nak goyang kaki je!

2.Tenangkan Pengantin dan Jangan Biarkan Dia Berlapar.

Pada hari perkahwinan, pastikan pengantin makan sebelum majlis bermula untuk mengelakkan hal-hal yang tak sepatutnya berlaku. Risau juga pengantin pengsan sebab kelaparan nanti!

Bagi pengantin lelaki, waktu akad nikah adalah yang paling mendebarkan. Jadi, tenangkan lah sahabat anda dengan lawak jenaka atau apa sahaja yang boleh menenangkannya.

3. Alert Dengan Flow Majlis

Bridesmaid atau pengapit perlu alert atau peka dengan aturan majlis. Jangan sibuk nak bergambar dan berbual je, ambil tahu flow majlis juga supaya tak kelam kabut si pengantin nanti.

4. Jangan Pentingkan Diri dan Sentiasa Senyum

Maniskan muka dengan senyuman sepanjang majlis perkahwinan. Walau apa jua keadaan, dahulukan pengantin. Jangan pentingkan diri. Suasana ketika majlis boleh jadi kelam-kabut, tapi janganlah keruhkan dengan perangai anda yang badmood atau moody sepanjang majlis. Ingat bukan anda sahaj yang penat, pengantin dan keluarganya pun sama juga.

5. Bantu Persiapan Majlis

Sebagai bridesmaid atau pengapit, tugas penting anda ialah membantu pengantin bersiap seperti gosokkan baju pengantin, sediakan pakaian pengantin dan aksesori lain.

Anda akan bertindak sebagai pembantu peribadi pengantin. Selalu ingatkan dia dengan perkara yang mungkin dia lupa. Bridesmaid yang baik akan memastikan majlis berjalan dengan lancar.

6. Jaga Barang Peribadi Pengantin

Pastikan barang berharga pengantin seperti dompet dan telefon bimbit dijaga baik oleh bridesmaid atau pengapit. Jangan sibuk bergambar sana sini, anda lupa tanggungjawab sebagai pengapit. Pada hari majlis, suasana menjadi kelam kabut memudahkan untuk orang yang berniat jahat nak mencuri.

Nota kaki   

Semoga informasi ini sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami antaranya,tips simpan duit kahwinmemilih tema malam berinai dan tips jumpa bakal mertua.

Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini.  Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.