Selain pemilihan baju yang sesuai dan sepadan, kasut juga memainkan peranan penting dalam penataan gaya. Pemilihan kasut yang tidak sesuai boleh merosakkan keseluruhan penampilan seseorang.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih kasut untuk majlis perkahwinan. Antaranya:

1. Ketinggian

Kasut tinggi antara yang paling popular dipilih oleh pengantin perempuan. Ini kerana kasut tinggi mampu memberikan ilusi tinggi dan langsing kepada si pemakai. Tidak peliklah mengapa ramai yang memilih kasut tinggi sebagai pelengkap busana mereka.

Bagi yang biasa memakai kasut tumit tinggi, tiada masalah untuk memakainya. Tetapi, bagi mereka yang jarang memakai kasut tinggi, pilihlah kasut yang bertumit sekitar 2.5- 3.0 inci ketinggiannya. Ukuran ini sesuai bagi mereka yang tidak selesa bertumit tinggi. Tidak Nampak begitu rendah dan terlalu tinggi.

Tapi jangan lah pula memilih kasut yang terlalu tinggi. Ingat, korang nak kahwin bukannya ber’run away’.

2. Keselesaan

Keselesaan bersifat subjektif kerana ianya bergantung kepada si pemakai. keselesaan sangat penting dalam pemilihan kasut kahwin. Kenapa? Sebab, pada hari persandingan nanti korang akan banyak berdiri dan bergerak. Melayan tetamu, bergambar dengan keluarga dan kawan-kawan, tentu sekali banyak bergerak.

Pilihlah kasut yang selesa dipakai bukan sekadar cantik tapi menyakitkan kaki. Tak guna jika kasut cantik yang dibeli pada harga yang mahal tetapi tidak memberikan keselesaan kepada si pemakai.

 Jika kasut tidak memberikan ketidakselesaan, ini akan menyukarkan pergerakan anda untuk berjumpa dengan tetamu yang hadir.

Carilah kasut yang mempunyai padding yang tebal kerana ianya dapat menghilangkan rasa kebas apabila banyak bergerak. Selain itu, kasut yang diperbuat daripada bahan bersifat ‘breathable’ sesuai untuk mengelakkan kasut berbau.

Tak lupa juga, pastikan saiz kasut korang betul. Kasut yang ketat atau terlalu besar boleh memberi efek kepada keselesaan semasa memakai kasut.

3. Warna & Design

Design kasut bergantung mengikut kesukaan korang. Tak kira apapun design atau stail yang korang pilih, make sure bersesuaian dengan tema majlis. Match kan kasut dengan baju persandingan sebaiknya.

Misalnya, baju sanding korang warna maroon, jangan pula pakai kasut warna biru. Pilih warna yang boleh tone down kan penampilan korang. Macam warna cream atau nude.

Tips jimat belanja kahwin! Kalau korang kreatif dan ada kasut lama yang plain dan dalam keadaan yang baik, korang boleh buat kasut kahwin diy! Tak payah runsing, sekarang kan ada clip-on diamond yang boleh dipasang dan ditanggalkan. Korang beli je kalau pening nak buat design apa. Save duit sikit daripada beli kasut baru.

4. Bajet

Bajet adalah point yang paling perlu dititikberatkan. Janganlah bajet ciput tapi berangan nak pakai kasut designer terkenal pula. Biarlah ukur baju di badan sendiri. Ada banyak lagi keperluan lain yang mesti dipenuhi. Beli kasut mahal-mahal tapi pakainya sekali je baik tak payah. Takut nanti lepas kahwin terpaksa mengikat perut sebab terlebih belanja.

5. Beli Atau Sewa

Persoalan ini selalu bermain difikiran setiap pasangan yang merancang perkahwinan mereka. Yang mana satu lebih berbaloi? Sewa atau beli?

Keputusannya bergantung kepada si pemakai juga. Jika korang mementingkan nilai sentimental, lebih baik beli sahaja supaya boleh disimpan sebagai kenangan. Jika sebaliknya, lebih baik sewa. Kasut kahwin selalunya terlalu fancy untuk kegunaan harian. Jadi membazir jika tidak digunakan selepas majlis.

Melainkan korang beli kasut yang simple dan lebih praktikal untuk kegunaan harian,berbaloi lah dibeli.

Nota Kaki

Semoga tips ini mampu membantu untuk membuat keputusan yang lebih baik. Jangan lupa follow and like fb & instagram kami untuk lebih banyak tips dan idea lagi.