Dewan kahwin sudah menjadi suatu kebiasaan kepada bakal pengantin terutama sekali di kawasan bandar. Ramai yang berpendapat majlis di dewan lebih mudah diuruskan dan menjimatkan berbanding di rumah.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah:

1. Lokasi dan Waktu

Pilih dewan yang terletak dekat dengan rumah atau butik andaman anda. Caj pengangkutan dapat dijimatkan jika berdekatan sahaja. Bakinya boleh digunakan untuk kos lain. Seeloknya cari dewan yang mudah untuk tetamu pergi. Elakkan sewa dewan yang terlalu jauh atau pendalaman. Ingat tak semua tetamu tahu jalan nak ke dewan yang kita sewa.

Tentukan juga waktu majlis anda. Jangan mulakan majlis terlalu awal takut tak sempat pula nak bersiap-sedia. Tapi jangan juga drag majlis sehingga ke lewat petang. 11.00 pagi hingga 4.30/5.00 petang sudah cukup untuk meraikan majlis anda. Terlalu petang hanya menambahkan kepenatan kepada semua pihak.

2. Saiz & Kekosongan ( Availability)

Periksa juga saiz dan kekosongan dewan. Sesuaikan dengan jumlah tetamu yang dijemput. Jika tetamu anda ramai, pilihlah dewan besar yang boleh memuatkan lebih ramai orang dan sebaliknya. Jangan pula pilih dewan yang besar hanya untuk menunjuk! Fokus sahaja pada perkara yang perlu.

Dah berkenan dengan dewan jangan lupa pula tanya kekosongan dewan tu. Lagi-lagi kalau kahwin waktu cuti sekolah atau cuti umum, tentu dewan semua penuh.

3. Keadaan Dewan

Periksa keadaan dewan. Check sama ada dewan mempunyai penyaman udara yang elok atau tidak, pastikan dewan ‘sound proof’ supaya majlis anda tak hingar bingar bila DJ mainkan lagu. Pastikan pencahayaan dewan sesuai supaya gambar kahwin anda nampak lebih cantik.

4. Harga dan Pakej Dewan

Setiap dewan tentu ada pakej atau harga yang telah ditetapkan bagi memudahkan pengguna menyewa dewan tersebut. Tanya dan bandingkan dahulu pakej-pakej yang ditawarkan sebelum membuat keputusan. Kadang-kadang pakej yang ditawarkan lebih berbaloi daripada anda uruskan sendiri.

Suka diingatkan, jangan lah berhabis beribu-ribu untuk dewan sahaja. Ambil dewan yang memberikan harga sewa yang berbaloi. Make sure fit bajet kahwin anda!

5. Kemudahan Tersedia

Lihat juga pada kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti surau, tandas dan bilik persiapan pengantin. Periksa adakah selesa untuk digunakan atau tidak. Tidak guna jika dewan cantik tapi kemudahan asas begini tidak disediakan/diselenggara dengan baik.

Tidak lupa juga, parkir kereta yang memainkan peranan penting pada hari bahagia anda nanti. Jika tiada tempat parkir yang luas dan banyak, tentu menyulitkan anda dan tetamu khususnya untuk hadir ke majlis perkahwinan anda.

Nota kaki   

Semoga informasi ini sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami antaranya,tips simpan duit kahwinmemilih tema malam berinai dan memilih bunga tangan.

Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini.  Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.