Hand bouquet atau bunga tangan antara salah satu aksesori paling penting untuk membuat penampilan pengantin lebih cantik dan anggun.Pemilihan handbouquet tiada tips khusus atau guidelines yang harus diikuti.

Namun antara tips yang boleh digunapakai untuk memilih bunga tangan adalah seperti berikut:

Tips Pilih Bunga Tangan 

1. Pilih Saiz ,Kombinasi Warna dan Bentuk Bunga Tangan

Pemilihan saiz dan warna bunga tangan memainkan peranan penting bagi bakal raja sehari kerana ianya akan membuatkan si pengantin kelihatan lebih berseri serta anggun pada hari perkahwinannya.

Elakkan memilih bunga tangan yang terlalu besar dan terlalu kecil. Sesuaikan saiz, warna serta bentuk bunga tangan dengan bentuk badan penganntin supaya ianya kelihatan cantik dan membantu menambah seri kepada pengantin.

2. Jenis Bunga

Jenis-jenis Bunga Tangan:

  1. Bunga Segar
  2. Bunga Tiruan (Artificial)
    • Bunga tiruan pula terdapat pelbagai jenis. Antaranya:
      1. Bunga Plastik
      2. Bunga Foam
      3. Bunga Emas/Perak

Pilihan Bunga Yang Popular

Calla Lily

Bunga pilihan ramai yang menginginkan penampilan simple tapi classy, Cukup manis jika memilih hand bouquet calla lily dari rona gelap dan garang seperti ungu pekat yang dipadankan bersama busana rona krim atau putih.

Bunga Ros/Mawar

Merupakan pilihan klasik dan tentunya menaikkan suasana romantis di majlis perkahwinan.

Tulip

Bunga tulip antara bunga yang sesuai untuk dijadikan hand bouquet hinggalah hiasan meja. Variasi warna yang pelbagai membolehkan anda memilih mana-mana warna yang bersesuaian dengan tema anda.

Peony

Bunga peony yang mekar agak besar akan membuatkan hiasan nampak penuh dan cantik. Bunga peony yang pelbagai variasi warna boleh digandingkan dengan mana-mana bunga lain yang anda suka untuk menyerikan lagi majlis anda.

Hydrangea

Bunga cantik yang berwarna lembut ini memberi kelembutan kepada pengantin serta menampilkan kemanisan dan kelembutan pada wajah si pemakai.

3. Sesuaikan dengan bajet anda

Walauapapun, pastikan bunga tangan yang dipilih tidak melebihi bajet kahwin yang telah ditetapkan. Ingat bunga tangan hanya aksesori. Tidak perlu membelanjakan wang yang begitu banyak hanya untuk bunga tangan.Buat pilihan yang bijak ketika memilih bunga tangan. Tentukan sama ada nak sewa, beli yang sudah siap ataupun anda DIY sendiri. Setiap pilihan ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. 

Nota kaki   

Semoga informasi ini sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami antaranya,tips simpan duit kahwinmemilih tema malam berinai dan tips jumpa bakal mertua.Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini.  Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.