Kad Kahwin Digital 

Penggunaan telefon pintar bukan lah sesuatu yang asing pada masa kini. Perkembangan teknologi ini bukan sahaja berlaku kepada peranti malah kad kahwin juga boleh dihantar melalui aplikasi seperti whatsapps, telegram dan sebagainya.

Jika dibandingkan kad kahwin biasa yang kita perlu cetak, kad kahwin digital atau e-kad ini lebih mudah digunakan kerana tetamu tidak perlu lagi berpandukan peta yang dilakar di belakang kad, yang mana kadang jumpa rumahnya kadang tak. Dengan penggunaan e-kad, tetamu boleh terus tiba ke lokasi majlis dengan menggunakan applikasi Waze dan Google Map. Tak perlu lagi co-driver bacakan β€˜keluar simpang depan’ nampak traffic light belok kiri. Banyak lagi ciri-ciri yang tidak mampu dicapai oleh kad kahwin cetak boleh direalisasikan dengan e-kad. 

Kad kahwin biasa lebih digemari dan menjadi pilihan kerana ianya memberi satu kepuasan apabila kita bertemu dengan tetamu sendiri face to face untuk menyerahkan kad jemputan. Melalui e-kad, perasaan ini sukar untuk dicapai. Kad jemputan biasa ini lebih mudah untuk golongan berumur yang tidak tahu menggunakan telefon pintar seperti atuk dan nenek kita yang sudah lanjut usianya.

Bagi mereka yang mempunyai kekangan bajet dan masa untuk menempah kad kahwin, e-kad adalah pilihan yang paling tepat kerana anda mampu untuk membuat sendiri kad ini. Kan jimat kos tempahan kad jemputan!

Kad Kahwin Digital vs Kad Kahwin Printed

Namun, penggunaan kad kahwin digital ini mempunyai kelemahan kepada pengguna yang bukan celik IT.

Nota kaki   

Semoga informasi ini sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami antaranya,tips simpan duit kahwinmemilih tema malam berinai dan tips jumpa bakal mertua. Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini.  Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.