Semua orang inginkan perkahwinan yang meriah dan mewah tapi tak semua mampu untuk mendapatkannya. Namun, ada cara untuk anda jimatkan kos untuk hari bahagia anda tapi tetap meriah dan nampak mewah.
Tips Jimatkan Kos Kahwin

1. Tetapkan Jumlah Tetamu Jemputan
Jumlah tetamu yang dijemput memainkan peranan penting dalam menentukan bajet katering/rewang. Jika bajet korang kecil, jemput saja tetamu dalam skala yang kecil. Bagi yang mempunyai bajet yang kecil, 200-300 orang tetamu sudah memadai untuk memeriahkan majlis korang.
2. Tetapkan Bajet Untuk Setiap Keperluan Majlis
Sebelum melakukan apa-apa, menetapkan bajet adalah jalan yang paling baik untuk mengelakkan terlebih belanja. Selalunya, kita mudah lupa barang yang perlu dibeli. Sediakan list barang yang ingin dibeli juga sudah memadai untuk mengelakkan kita over-spending ketika berbelanja. Kalau boleh, tetapkan sekali julat harga barang yang ingin dibeli. Ia lebih memudahkan korang untuk membeli barang keperluan.
3. Survey Harga Pakej Perkahwinan Sebelum Buat Keputusan
Usah buat keputusan terburu-buru. Survey dahulu harga pakej perkahwinan terutama sekali ketika ada expo perkahwinan. Ketika itu banyak offer yang ditawarkan oleh pihak bridal. ambil kesempatan untuk menanyakan harga pakej yang korang berkenan.
4. Elakkan Majlis Waktu Cuti Sekolah
Kenapa? Sebab waktu ini servis katerer dan andaman akan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi terutama jika katering atau mak andam korang memang famous. Confirm rate harga berbeza.
5. Elakkan Berbalas Hantaran dengan Jumlah yang Tinggi
Ingat, hantaran hanya adat. Minimum kan dulang hantaran untuk menjimatkan bajet. 3 dulang berbalas 5 dulang sudah cukup. Kalau korang nak bagi lebih terserah tapi jangan sampai membebankan mana-mana pihak pulak. Baca tips memilih hantaran untuk infomasi yang lebih jelas.
6.Gubah Hantaran Sendiri
Bukan susah pun nak gubah hantaran sendiri. Tak tahu nak gubah? Jangan risau, buat sahaja hidden hantaran. Macam mana? Baca artikel ini untuk cara-cara DIY hantaran.
7. Beli Barang Hantaran/ Keperluan Majlis Ketika Jualan Murah
Kenapa perlu bayar lebih? Jadi pengguna yang bijak dengan membeli barang keperluan pada waktu jualan murah. Sewaktu jualan murah, harga barangan boleh jatuh sehingga 70%. Kan jimat tu!
8. Tempah Kad Kahwin Simple dan Murah
Pilih kad kahwin yang paling murah dan mudah. Tumpukan pada fungsi kad kahwin. Tak perlu tempah kad yang mewah-mewah sebab nanti masuk dalam tong sampah juga. Membazir je korang design cantik-cantik.
Ataupun, gunakan e-kad kahwin untuk menjimatkan lagi kos tempahan kad kahwin korang.
9. Ambil 1 Pengapit Sahaja dan Tak Perlu Bridesmaids
Elak guna bridesmaids. Setiap satu bridesmaid menambah kos kahwin. Kenapa? Bayangkan saja setiap satu bridesmaid perlu diberikan sepersalinan baju, kalau ada 5 orang dah berapa kos yang korang bazirkan.
10. DIY Kasut Kahwin
Kasut kahwin bukan sesuatu yang wajib dibeli. Jika korang ada bajet yang berlebihan tu bolehlah beli kasut khas untuk kahwin. Tetapi bagi yang kurang mampu, usah risau. DIY saja kasut sedia korang untuk dijadikan kasut kahwin.
11. Elakkan Guna Fresh Flowers
Harga fresh flowers sangat mahal berbanding bunga plastik. Fresh flowers juga mempunyai jangka hayat yang sekejap, nak jaga kesegaran bunga segar bukan benda yang mudah. Kena pastikan suhu sesuai supaya tak cepat layu. Oleh itu, pilih sahaja bunga plastik sebagai penyeri korang nanti.
Nota Kaki
Itu sahaja perkongsian entry kali ini. Jika ada tips-tips baru, nantikan artikel baru dari kami. Sekiranya anda punyai idea atau cadangan, jangan lupa komen di bawah. Follow FB dan Instagram kami untuk updates yang terbaru.