Perjumpaan bersama keluarga bakal mentua memang mendebarkan bagi semua orang. Mesti ada diantara anda yang bingung dan tak tahu nak buat apa bila bertemu dengan keluarga bakal mentua kan?

Jom ikuti tips jumpa bakal mertua/mentua yang kami kongsikan untuk anda lebih bersedia bila bertemu dengan keluarga si dia.

Tips Jumpa Bakal Mertua

1. Rancang pertemuan

Sebelum bertemu dengan keluarga si dia, sebaiknya anda rancang dahulu pertemuan anda dengan keluarganya. Rancang waktu bila mahu berjumpa dan sebagainya.

Faktor masa amat penting untuk pertemuan yang pertama. Pilih waktu yang sesuai seperti Hari Raya atau waktu majlis keraian yang lain. Elakkan berjumpa secara mengejut atau pada waktu bukan majlis keraian.Lebih elok sekiranya pihak bakal mentua yang menetapkan waktu pertemuan.

2. Menepati masa

Tepati waktu ke rumah bakal mentua. Jangan datang lambat!

3. Berpakaian kemas

Pakai pakaian yang bersesuaian. Yang paling penting kemas! pastikan baju diseterika dengan baik. Pilih pakaian yang kelihatan sopan. First impression is important! Jangan lupa pakai perfume! Biar tak cantik, asalkan wangi. Tapi jangan berlebih pulak spray minyak wangi tu! Pengsan pulak bakal mentua lalu.

4. Tunjukkan adab sopan dan kerajinan

Ringankan tulang anda untuk membantu di rumah bakal mentua supaya nanti tak lah di cop pemalas atau berat tulang oleh bakal keluarga mentua.

5. Peramah

Elakkan daripada berdiam diri apabila di rumah bakal mentua. Bergaul dan berbual dengan keluarga bakal mentua terutama sekali adik-beradik pasangan. Soal selidik keluarga pasangan anda untuk tahu apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh keluarga pasangan.

6. Ada pengetahuan agama

Tidak perlu berlagak alim. Cukuplah jika anda tahu asas agama. Untung-untung dapat jadi imam (bagi lelaki) untuk solat berjemaah. Cuba pelajari sebanyak mana ilmu agama sebelum bertemu keluarga pasangan.

Bagi lelaki, ini tips yang sangat penting kerana anda akan menjadi ketua keluarga akan datang. Ilmu agama amat penting untuk membina keluarga yang sakinah.

7. Jadi diri sendiri

Walaubagaimanapun, jadi diri sendiri lebih baik. Tak usahlah anda berlakon atau berpura-pura. Kelak akan memakan diri sendiri.

8. Bawa buah tangan

Dalam perjalanan ke rumah bakal keluarga mertua, singgah lah di gerai atau kedai untuk membeli sedikit buah-buahan atau kuih muih bagi menunjukkan kesungguhan anda untuk bertemu dengan mereka.

Untuk memudahkan pilihan, anda boleh bertanya kepada pasangan tentang makanan yang digemari oleh ibu bapanya untuk dijadikan buah tangan.

Berikut adalah senarai idea buah tangan:

Nota kaki

Semoga perkongsian ini memberi sedikit infomasi kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang hidden hantaran , tips memilih hantaran dan Kursus Kahwin Percuma Johor.Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini. Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.