Kepada yang bakal bertunang atau bakal bergelar pengantin baru tak lama lagi, tentu pening nak sediakan hantaran bukan? Masih tercari-cari tips untuk hantaran kahwin? Di sini kami kongsikan beberapa tips memilih barang hantaran kahwin sebagai panduan untuk anda.

7 Tips Memilih Hantaran Kahwin

1. Tetapkan bajet hantaran kahwin

Sebaiknya, anda tetapkan berapa bajet maksimum untuk membeli barang hantaran. Ini sangat penting untuk mengelakkan anda daripada terlebih berbelanja. Kalau terlebih belanja untuk membeli barang hantaran, dikhuatiri akan menjejaskan bajet untuk perkara lain pula.

Asingkan bajet hantaran anda bagi memudahkan perancangan kewangan. Antara bajet yang anda perlu ambil kira ialah :

  1. Bajet untuk dulang
    • Tentukan sama ada dulang hantaran perlu dibeli ataupun disewa sahaja.
  2. Bajet untuk gubahan dulang serta upah penggubah dulang
    • Kira siap-siap upah untuk gubahan dulang ataupun anda mahu DIY sendiri.
  3. Bajet untuk barangan hantaran yang akan diletakkan di atas dulang
    • Sediakan bajet untuk setiap barangan yang ingin dibeli.

2. Tetapkan berapa dulang hantaran

Pastikan jumlah dulang hantaran untuk pengantin lelaki dan perempuan dipilih mengikut bajet yang telah ditetapkan. Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang terlalu banyak kerana nanti, anda memerlukan lebih ramai ‘dulang girls/boys’ untuk memegang dulang anda. Natijahnya, semakin ramailah kawan/sahabat anda diperlukan untuk memegang dulang nanti. Sekiranya baju-baju mereka disponsor oleh anda, maka bertambahlah bajet yang perlu dibelanjakan.

Walaupun begitu,adat melayu tradisional selalunya menetapkan bilangan dulang hantaran dalam angka ganjil. Kebiasaannya, pengantin perempuan akan memberi lebih 2 dulang hantaran berbanding pengantin lelaki.

3. Pilih tema dan warna majlis 

Contohnya, pengantin perempuan bercadang untuk memberi 9 dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit iaitu 7 dulang. 

Pemilihan tema dan warna penting untuk memastikan barangan yang kita beli bersesuaian dengan konsep yang kita pilih. Jangan berlebih-lebih dalam menetapkan tema dan warna. Buat sahaja simple dan bersederhana. Terlalu banyak warna dan tema hanya akan mencacatkan majlis. 

4. Masukkan barangan wajib hantaran

Tidak lengkap sesuatu hantaran jika tiada barang wajib seperti :

  • Sirih Junjung
  • Tapak cincin
  • Kotak mas kahwin/hantaran
  • Sepasang telekung/ mushaf Al-Quran/sejadah
  • Beberapa makanan seperti kek, coklat, dan buah-buahan

Barang-barangan ini adalah salah satu adat hantaran melayu, seeloknya masukkan di dalam senarai barangan hantaran.

5. Buat senarai barangan yang ingin dibeli

Pastikan anda membuat senarai beli untuk barangan yang diinginkan. Senarai ini penting untuk menggelakkan anda membeli barangan yang tak sepatutnya. Lengkapkan senarai beli sebaiknya supaya tiada barangan yang tertinggal sebab anda terlupa nak masukkan dalam senarai beli.

Ini adalah senarai barangan yang boleh anda guna pakai untuk hantaran anda.

6. Beli barang ketika jualan murah

Tips ini paling penting untuk membantu menjimatkan duit anda! Beli barang untuk hantaran sewaktu jualan murah kerana anda akan mendapat kan harga yang lebih murah berbanding harga asal. Beli sedikit demi sedikit barang yang diinginkan. Tak perlu beli sekaligus pun tak apa.

Tak perlu risau, jualan murah di Malaysia ada banyak seperti jualan akhir tahun, jualan sempena hari raya, jualan sempena deepavali, jualan sempena tahun baru cina, jualan sempena krismas dan lain-lain lagi.

Semasa jualan murah, dapatlah anda membeli barangan yang berjenama mewah untuk dihadiahkan kepada pasangan dengan harga yang jauh lebih murah. Barulah pengguna yang bijak!

7. Sesuaikan barang dengan dulang

Akhir sekali, pilih barangan yang mudah disesuaikan dengan dulang yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz dulang supaya barangan yang dipilih muat dengan dulang untuk memudahkan proses mengubah. Jika terlalu besar atau kecil barangan yang dipilih, mungkin akan membuatkan gubahan hantaran anda nampak sedikit pelik.

Seeloknya anda memilih saiz dan jenis dulang yang sama untuk kesemua dulang hantaran. Barulah nampak kemas dan seragam.

Nota Kaki

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih barang hantaran kahwin. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang Doorgift ideas 2020 , Trend kahwin 2020 dan Kursus Kahwin Percuma Johor.

Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini. Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.