Hidden Hantaran

Hantaran merupakan simbol budaya bagi masyarakat melayu khususnya. Hantaran adalah hadiah/pemberian daripada pengantin lelaki/perempuan kepada pasangannya sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran atas kesanggupan mereka untuk berkahwin dan menerima pasangan mereka.

Meskipun begitu, hantaran seharusnya menjadi satu rahsia antara penyatuan dua jiwa iaitu pengantin lelaki dan perempuan dan bukanlah untuk dipersembahkan atau dijadikan tontonan kepada orang lain.

Oleh kerana itu, hidden hantaran dipilih sebagai hantaran kahwin masa kini yang bersesuaian dengan tradisi orang lama-lama.

Kenapa Hidden Hantaran

1. Mudah

Hidden hantaran mudah dibuat oleh sesiapa pun. Tak kisahlah anda kreatif atau tak, selagi anda tahu membalut dan mengikat, hantaran ini mudah untuk digubah.

2. Kemas

Kotak digunakan sebagai asas hantaran ini. Jadi semuanya seragam kerana saiz bungkusan adalah sama. Tak payah risau hantaran tak sama antara satu dulang dengan dulang lain. Yang pasti kotak yang digunakan mestilah saiz yang sama.

3. Jimat Duit

Jimat duit untuk upah gubah hantaran. Bayangkan jika satu dulang upah hantaran ialah RM35. Darab kan saja lah dengan berapa dulang hantaran yang ada. Wah! tentu beratus duit habis hanya untuk upah gubah sahaja. tak termasuk barang hantaran lagi!
Hidden hantaran boleh dibuat sendiri. Jimat sikit duit.

4. Mesra Alam Sekitar

Kurang pembaziran sebab material yang digunakan untuk balut hantaran ini boleh digunakan semula. Contohnya, kalau kita guna kain batik atau pelikat untuk balut hantaran, nanti kain tersebut boleh kita pakai untuk basahan. Kain pelikat boleh lah digunakan untuk ke masjid bagi lelaki. Takdelah membazir! Kotak yang kita gunakan sebagai asas juga boleh digunakan untuk tujuan lain selepas majlis nanti.

5. Elakkan Makcik Bawang

Dengan adanya hantaran seperti ini, boleh lah kita elakkan diri daripada makcik-makcik bawang. Takdelah nanti dengar makcik-makcik mengumpat barang hantaran kita. Kurang satu masalah.

Tutorial Hidden Hantaran

Bahan yang diperlukan:

  1. Kain (Pelikat/ Batik/ Fabrik lain)
  2. Kotak
  3. Hiasan

Langkah- langkah:

Tutorial hidden hantaran, trend hidden hantaran, trend hantaran popular

Nota Kaki

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk mencari idea dan konsep hantaran perkahwinan anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang Doorgift ideas 2020 , tips memilih hantaran dan Kursus Kahwin Percuma Johor.Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini. Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.