Makluman Pelaksanaan Majlis Akad Nikah & Urusan Kaunter UUS Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru

Untuk makluman berikut adalah cara Pelaksanaan Majlis Akad Nikah & Urusan di Kaunter UUS Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru sepanjang tempoh PKP. (Sumber : Facebook Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru)

1) Majlis Akad Nikah digalakkan untuk ditangguhkan atau

2) Boleh dilaksanakan di Pejabat Kadi Daerah sahaja terhad kepada pasangan pengantin dan wali yang berada Dalam Daerah Yang Sama Sahaja.

3) Jika Wali yang berada di luar daerah atau negeri semasa tempoh PKP ini, manakala pasangan pengantin berada di daerah yang sama, Majlis Akad Nikah tersebut digalakkan untuk ditangguhkan atau boleh dilaksanakan secara Wakalah Wali.

4) Pasangan pengantin yang berada di daerah atau negeri yang berlainan dari tempat Majlis Akad Nikah hendaklah ditangguhkan Majlis Akad Nikah tersebut. (Tarikh baru bagi pasangan yang terlibat akan diatur semula oleh Pejabat.)

5) Kehadiran bagi satu majlis akad nikah yang dilaksanakan di Pejabat Kadi Daerah adalah 3 orang dari pihak keluarga pengantin dan 3 orang daripada pihak urusetia, iaitu:
a) Pengantin Lelaki;
b) Pengantin Perempuan;
c) Wali;
d) Dua orang saksi majlis akad (daripada anggota pekerja Jabatan & Majlis sahaja); dan
e) Jurunikah sama ada terdiri daripada Kadi Daerah atau Imam Daerah atau Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’.

6) Untuk mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dari 13 hingga 26 Januari 2021, Pejabat Kadi Daerah tidak akan mengeluarkan apa-apa surat sokongan kepada mana-mana pihak bagi tujuan rentas daerah atau negeri berkaitan Majlis Akad Nikah ini.

7) Majlis resepsi atau walimatul urus untuk majlis akad nikah tersebut, hendaklah ditangguhkan.

URUSAN DI KAUNTER DI PEJABAT KADI DAERAH JOHOR BAHRU

i) Urusan Penghantaran dokumen ke pejabat Kadi bagi urusan Permohonan Nikah adalah DITANGGUHKAN
ii) Isbath nikah adalah DITANGGUHKAN
iii) Kursus Kahwin secara ONLINE SAHAJA

Kaunter Operasi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru tempoh PKP:-

• 9.00 pagi – 2.00 petang (Ahad – Rabu)
• 9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Khamis)

Urusan Kaunter Cerai Dan Rujuk

• Pengesahan Lafaz cerai
• Lafaz Rujuk
• Daftar Cerai (beserta perintah mahkamah sedia ada)
• Temujanji Cerai Rujuk. Sila masuk dalam sistem SPPIM http://www.sppim.gov.my/sppim/rundingcara/online/new

Urusan Pengambilan Sijil Nikah, Sijil Cerai, Sijil Rujuk

• Sertakan sijil sementara (Sijil Nikah)
• Serta resit (Sijil Cerai dan Rujuk)*Sekian untuk makluman.

Nota Kaki

Informasi berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Facebook Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Sebarang pertanyaan atau permasalahan anda disarankan untuk terus menghubungi terus mereka. (Dikemaskini pada 13 Januari 2021)

Masih keliru dengan kedudukan wali? Jom baca entri kami tentang Wali di sini.