Seperti yang sedia maklum negara kita turut dilanda virus Covid-19, oleh itu semua aktiviti yang melibatkan orang ramai untuk berkumpul terpaksa diubah dan diberhentikan buat seketika. Namun, bagi kursus perkahwinan di Johor, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta dan juga penganjur bagi menyertai kursus kahwin ini.

Antaranya, kehadiran mestilah tidak melebihi daripada 20 orang dalam satu sesi. Ini termasuklah 18 orang peserta, seorang urusetia, dan seorang penceramah. Tempoh kursus juga telah dipendekkan kepada 6 jam 30 minit selama sehari sahaja.

Maklumat Terkini Kursus Kahwin Johor

Maklumat Terkini Kursus Kahwin Johor Norma Baharu

📌 Kursus dijalankan 6 jam 30 minit (1 Hari)
📌 Satu sesi hanya 18 peserta sahaja
📌 Peserta perlu dijarakkan 1 meter antara satu sama lain & patuhi SOP
📌 Yuran RM120 seorang

Kursus akan dijalankan lebih kerap termasuk hari biasa (Isnin – Ahad).

Tanggungjawab Peserta Kursus Kahwin

Tanggungjawab Peserta Kursus Kahwin

📌 Amalkan 3W (Wash, Wear, & Warn)
📌 Elakkan 3C (Crowded Space, Confined Spaces, Close Conversation)
📌 Menghadiri kelas sepenuh masa
📌 Pakai pakaian menutup aurat dan sopan
📌 Menjawab semua soalan ujian
📌 Mematuhi apa jua arahan pihak berkuasa dalam tempoh PKP

Tanggungjawab Penganjur Kursus Kahwin

Tanggungjawab Penganjur Kursus Kahwin

📌 Menyediakan ruang yang ada penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter di bilik kuliah, ruang solat dan tempat makan
📌 Melabel petak atau ruang yan diperlukan bagi pematuhan penjarakkan sosial
📌 Menyediakan hand sanitizer dan alat pengesahan suhu badan serta mencatatkan bacaan suhu badan peserta ketika pendaftaran
📌 Memastikan ruang yang digunakan dan alat bantu mengajar dinyah kuman sebelum dan selepas kursus
📌 Mematuhi apa jua arahan dari pihak berkuasa dalam tempoh PKP

Nota Kaki

Informasi di atas diperoleh daripada Kursus Kahwin Johor. Jika terdapat sebarang persoalan, anda disarankan untuk hubungi mana-mana cawangan kursus perkahwinan Johor agar mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Anda juga boleh terus ke laman web http://kursuskahwinjohorhq.com untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kursus kahwin di negeri Johor.