Sesetengah negeri di Malaysia mewajibkan bakal pengantin menghadiri sesi temuduga bersama pegawai majlis agama sebelum anda menghantar borang nikah.
Berikut antara soalan bocor interview :
1. Dua kalimah syahadah beserta maksud


2. Al-Fatihah


3. Istighfar


4. Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh


5. Rukun Iman


Rukun Iman ada 6 perkara.
- Beriman kepada Allah S.W.T
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada kitab-kitab suci
- Beriman kepada para Rasul
- Beriman kepada hari akhirat
- Beriman kepada Qada’ dan Qadar
6. Rukun Islam


Rukun Islam ada 5 perkara.
- Mengucapkan dua kalimah syahadah
- Mendirikan solat 5 waktu
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan zakat
- Menunaikan haji bagi yang mampu
7. Rukun nikah


Rukun nikah ada 5 perkara.
i. Pengantin Lelaki
- Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
- Islam, baligh, berakal
- Tidak berada dalam ihram atau umrah
- Tidak dipaksa kahwin
- Tidak beristeri lebih dari 4 orang
ii. Pengantin Perempuan
- Islam
- Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
- Bukan isteri kepada seseorang
- Tidak berada dalam iddah
iii. Akad (Ijab & Qabul)
- Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
- Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
- Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
- Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.
vi. Wali
- Islam, baligh, berakal
- Merdeka
- Tidak berada dalam ihram atau umrah
- Bukan seorang lelaki yang fasik
v. 2 orang saksi
- Islam, baligh, berakal
- Merdeka
- Boleh melihat dan mendengar dengan baik
- Tanggungjawab wali bukan ke atasnya
8. Lafaz niat mandi hadas/ mandi wajib


Nota Kaki
Ini adalah senarai soalan yang sering ditanya sahaja tau. Jangan emosi pula kalau soalan yang tersenarai ni tak ditanya masa interview! Jangan risau, tok imam tak tanya yang soalan susah okay. Soalan-soalan ini hanyalah soalan asas sahaja untuk memastikan anda dan pasangan sudah bersedia untuk membina keluarga dengan asas agama yang cukup.
Kalau nak tahu prosedur nikah boleh klik di sini.