Kebanyakan pasangan yang telah berkahwin memilih untuk menyewa/ membeli rumah sendiri selepas berkahwin berbanding tinggal di rumah mertua. Bagi mereka yang mementingkan kos dan bajet, tips di bawah mampu membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak.

Tips Pindah Rumah Sewa

1. Cari Rumah Yang Kecil

Rumah yang kecil kebiasaannya lebih murah berbanding rumah yang berkeluasan besar. Bagi yang baru berkahwin dinasihatkan supaya menyewa rumah yang kecil kerana anda hanya duduk berdua. Rumah yang besar memakan kos yang besar juga terutama dari segi bil utiliti. Oleh sebab itu, cari rumah kecil yang bersesuaian dengan bajet anda. Tidak lupa juga rumah sewa anda mestilah berdekatan dengan tempat kerja juga!

2. Cari Rumah Fully-furnished.

Jika anda berjimat tidak mahu membeli barangan eletrik rumah, sebaiknya cari rumah yang sudahpun fully furnished. Tetapi suka diingatkan bahawa rumah seperti ini kebiasaanya mahal berbanding rumah yang kosong.

3. Periksa Keadaan Rumah

Sebelum bersetuju menyewa/membeli rumah, periksa keadaan rumah supaya anda tidak perlu mengeluarkan duit membaiki kerosakan yang kadang kala tidak berbaloi diselenggara. Ambil masa dan berbincang dengan pasangan anda sebelum membuat keputusan.

4. Beli Perabot/Peralatan Sedikit Demi Sedikit

Jika barangan rumah tidak dapat dibeli sekaligus, itu bukan satu masalah yang perlu anda risaukan. Beli saja sedikit demi sedikit. Contohnya, bulan pertama anda membeli katil dan tilam. Bulan kedua anda beli peti sejuk dan seterusnya. Dengan cara itu, anda tidak akan terasa sesak apabila anda membeli barangan rumah.

5. Asingkan Kehendak Dan Keperluan

Di awal waktu berpindah, pastikan anda sudah tahu keperluan dan kehendak sebelum mebuat keputusan. Sebagai contoh, apabila membeli perabot beli perabot yang lebih diperlukan seperti peti sejuk berbanding sofa. Barangan kehendak jika tidak dibeli tidak akan menyebabkan masalah. Beli barang yang mempunyai kualiti bukan berjenama tetapi tidak berkualiti. Biar mahal tetapi tahan lama.

6. Manfaatkan Hadiah Kahwin Dengan Sebaiknya

Kebiasaannya, hadiah kahwin berupa barangan rumah seperti seterika, periuk nasi dan berbagai lagi. Gunakan saja apa yang ada mestipun barangan tersebut murah dan tidak tahan lama. Apabila sudah rosak barulah anda membeli yang baru.

7. Simpan Duit Kecemasan Rumah

Apabila sudah mempunyai rumah samada sewa atau beli, anda perlu lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan. Oleh itu, sediakan simpanan untuk kegunaan kecemasan seperti membaiki kerosakan rumah setelah anda tinggal dirumah tersebut.

Nota Kaki

Permulaan perkahwinan tidak semudah yang anda fikirkan. Anda perlu bijak menguruskan kewangan dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah di awal perkahwinan. Diharapkan perkongsian ini membantu anda. Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.