Prosedur daftar nikah/kahwin wajib diketahui oleh bakal pengantin kerana proses kahwin/nikah Johor tidak sama di negeri Selangor begitu juga sebaliknya. Ini kerana setiap negeri ada prosedur yang tersendiri. Dokumen yang diperlukan juga ada perbezaannya. Kami ada kongsikan dokumen-dokumen penting dilaman kami sebelum ini.

SELANGOR 

Bagi Pihak/ Bakal Pengantin Lelaki

  1. Isi borang Permohonan Kebenaran Berkahwin lelaki (Borang 2A) secara online di
    http://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new
  2. Print borang permohonan
  3. Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) atau Imam JuruNikah
  4. Menghantar borang ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin
  5. Terima Borang 3A (dalam Selangor) 
  6. Terima Borang 3B (luar Selangor)
  7. Serah Kebenaran Berkahwin kepada pihak perempuan

Bagi Pihak / Bakal Pengantin Perempuan

  1. Isi borang Permohonan Kebenaran Berkahwin perempuan (Borang 2C) secara online di http://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new
  2. Isi borang Pesetujuan Wali dan Wakalah Wali (Borang 2D) 
  3. Print borang permohonan
  4. Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) atau Imam JuruNikah
  5. Menghantar borang ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin
  6. Terima Borang 3C (dalam Selangor) 
  7. Terima Borang 3D (luar Selangor)
  8. Akad Nikah dijalankan
  9. Terima Surat Perakuan Nikah sementara
  10. Mengambil Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah
  11. Sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor

Rujukan:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor,
Prosedur Permohonan Kahwin Negeri Selangor.
http://ncr.jais.gov.my/index.php/dashboard/perkahwinanProcedur

TERENGGANU 

Bagi Pihak /Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan

  1. Mendapatkan borang dan lengkapkan Permohonan Kebenaran Berkahwin (RM 1.00)
  2. Lampirkan dokumen Perakuan berkaitan : (2 salinan photocopy)
    • Kad pengenalan diri termasuk :
      • Lelaki
      • Perempuan
      • Wali
      • Dua orang saksi
    • Surat Akuan Mati (Duda/Balu) – Jika ada
    • Surat Akuan Mati (Wali Nasab) – Jika ada
    • Surat Akaun Memeluk Islam (Mualaf) – Jika ada
    • Sijil Kursus Pra Perkahwinan
    • Surat Perakuan status Teruna atau Dara
    • Surat Pengesahan Mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah
    • Surat Pengesahan Mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah
    • Surat Perakuan Cerai (Duda/Janda)
    • Lain lain dokumen :
      • 4 keping gambar ukuran pasport
      • RM 5.00 untuk proses 

Rujukan:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu,
Prosedur Permohonan Perkahwinan Negeri Terengganu.
http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article.php?cid=37&aid=3847&frommenu=1&fromfile=

PULAU PINANG 

Bagi Pihak /Bakal Pengantin Lelaki

  1. Dapatkan dan lengkapkan Borang 1 di Pejabat Agama atau isi secara online di http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perkahwinan#tab_permohonan
  2. Lampirkan dokumen berikut:
    • Salinan Kad pengenalan diri
      • lelaki
      • perempuan
      • wali
      • dua saksi
    • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
    • Keputusan Ujian HIV
    • Surat Perakuan Bercerai (Jika ada)
    • Salinan surat/kad pengislaman (Mualaf)
    • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM (Jika Polis/Tentera)
    • Surat Kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen (Bukan warganegara)
    • Pengesahan ketulinan dokumen oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (Bukan warganegara)
  3. Pastikan borang permohonan telah disokong oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah (kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang).
  4. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah.Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 
  5. Untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.

Bagi Pihak / Bakal Pengantin Perempuan

  1. Dapatkan dan lengkapkan Borang 1 di Pejabat Agama atau isi secara online di http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perkahwinan#tab_permohonan
  2. Lampirkan dokumen berikut:
    • Salinan Kad pengenalan diri
      • lelaki
      • perempuan
      • wali
      • dua saksi
    • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
    • Keputusan Ujian HIV
    • Surat Perakuan Bercerai (Jika ada)
    • Salinan surat/kad pengislaman (Mualaf)
    • Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa Kandung (Jika berkenaan)
    • Surat Akuan Bersumpah jika Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa tidak ada
    • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM (Jika Polis/Tentera)
    • Borang wakalah wali (wali mahu wakilkan akad nikah)
    • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia)
    • Kebenaran Berkahwin Pasangan Lelaki
  3. Pastikan borang permohonan disokong oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  4. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temubual wali dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
  5. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.

Rujukan:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,
Prosedur Permohonan Kahwin Negeri Pulau Pinang.
http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perkahwinan#tab_prosedur

SABAH 

Bagi Pihak/ Bakal Pengantin Lelaki

  1. Dapatkan dan lengkapkan Borang permohonan/kebenaran menikah di PAID dan sertakan salinan photocopy bagi dokumen berikut :
    • Borang keizinan kahwin
    • Borang pengesahan status bujang 
    • Surat daripada Ketua Kg atau Majikan boleh dilampirkan
    • 2 Salinan Kad Pengenalan
    • 2 Salinan Surat Akuan Bujang
    • 2 orang lelaki sebagai saksi borang
    • Surat Kebenaran Berkahwin dari Kedutaan (Warga Asing)
    • Surat Pengesahan Bujang dari Kedutaan (Warga Asing)
    • Pas lawatan (visit pass) mestilah tidak tamat dlm tempoh 30 hari (Warga Asing)
    • HIV Test
  2. Serahkan dokumen kepada pihak perempuan untuk dihantar bersama ke Jabatan Agama Negeri Sabah

Bagi Pihak/Bakal Pengantin Perempuan

  1. Dapatkan dan lengkapkan Borang permohonan/kebenaran menikah di PAID dan sertakan salinan photocopy bagi dokumen berikut :
    • Borang keizinan kahwin
    • Borang pengesahan status bujang 
    • Surat daripada Ketua Kg atau Majikan boleh dilampirkan
    • 2 Salinan Kad Pengenalan
    • 2 Salinan Surat Akuan Bujang
    • 2 orang lelaki sebagai saksi borang
    • Surat Kebenaran Berkahwin dari Kedutaan (Warga Asing)
    • Surat Pengesahan Bujang dari Kedutaan (Warga Asing)
    • Pas lawatan (visit pass) mestilah tidak tamat dlm tempoh 30 hari (Warga Asing)
    • HIV Test
  2. Semak semua dokumen sebelum dihantar ke Jabatan Agama Negeri Sabah.

Rujukan:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
Prosedur Permohonan Nikah Negeri Sabah.
http://www.jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/perkahwinan

SARAWAK 

Bagi Pihak /Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan

Permohonan Online

  1. Lengkapkan Borang Permohonan secara online di
    https://e-munakahat.sarawak.gov.my/web/web/home/index/
  2. Memuatnaik dokumen lampiran yang diperlukan
  3. Setelah lengkap membuat permohonan, hadir ke pejabat agama berdekatan bersama dengan pasangan dan wali pengantin perempuan untuk mengesahkan permohonan
  4. Dokumen lampiran wajib dibawa sekali sewaktu hadir
  5. Anda diminta untuk membuat pembayaran bagi tujuan mendapatkan Borang Kebenaran Kahwin
  6. Setelah akad nikah dijalankan pemohon boleh membuat pembayaran. No. slip bayaran hendaklah dikemukakan bagi tujuan pencetakan surat Asal Perakuan Nikah dikemukakan

Permohonan di Pejabat Agama

  1. Pemohon perlu hadir ke pejabat agama berdekatan bersama dengan pasangan dan wali pengantin perempuan untuk mengisi borang permohonan dan mengesahkan permohonan mereka
  2. Dokumen lampiran perlu dibawa sekali
  3. Anda diminta untuk membuat pembayaran bagi tujuan mendapatkan Borang Kebenaran Kahwin
  4. Setelah upacara akad nikah dijalankan pemohon boleh membuat pembayaran. No. slip bayaran hendaklah dikemukakan bagi tujuan pencetakan surat Asal Perakuan Nikah dikemukakan
DOKUMEN LAMPIRAN
**dokumen yang diperlukan boleh disemak di entry sebelum ini.

Rujukan:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sarawak
Prosedur Permohonan Nikah Negeri Sarawak.
https://e-munakahat.sarawak.gov.my/web/web/home/article/0/57/

JOHOR 

Bagi Pihak/ Bakal Pengantin Lelaki

  1. Lengkapkan butiran dalam borang permohonan melalui sistem e-NCR. http://encr.johor.gov.my/
  2. Download semua borang nikah dan sediakan semua dokumen sokongan yang diminta dalam senarai semak.
  3. Hantar ke pejabat agama.
    ** Borang kebenaran nikah yang telah diluluskan kena beri kepada pihak perempuan untuk urusan di pihak mereka.

Bagi Pihak/ Bakal Pengantin Perempuan

  1. Isi semua borang di sistem e-NCR setelah mendapat borang kebenaran berkahwin daripad pihak lelaki.
  2. Download semua borang dan hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) **pastikan setiap dokumen mempunyai sekurang-kurangnya 4 salinan.
  3. Isi borang pink di PAID kemudian sediakan bayaran lebih kurang RM26.
  4. Hadiri sesi temuduga bersama pegawai agama Islam.
  5. Bayar kadi dan 2 orang saksi. Bayaran kadi adalah RM110 manakala RM20 (bayaran utk seorang) dibayar kepada 2 org saksi yang dipilih oleh kadi semasa hari pernikahan.

Rujukan:
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Prosedur Perkahwinan Negeri Johor
https://jainj.johor.gov.my/e-dakwah/undang-undang/6.1.2-PROSEDUR%20PERKAHWINAN.pdf

PAHANG 

Bagi Pihak/ Bakal Pengantin Lelaki

  1. Dapatkan dan lengkapkan borang kebenaran kahwin di:
  2. Print borang setelah mendapat kelulusan berkahwin daripada JAIPahang.
  3. Serahkan borang yang telah disahkan kepada pihak perempuan.

Bagi Pihak/ Bakal Pengantin Perempuan

  1. Lengkapkan borang Kebenaran Kahwin di
    https://mohnikoh.pahang.gov.my/ (Daerah Kuantan sahaja bermula 1 Januari 2019) atau download borang di
    http://jaip.pahang.gov.my/index.php/muat-turun/borang-dokumentasi
  2. Dapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung untuk Borang Kebenaran Kahwin dan dokumen yang diperlukan
  3. Kemudian pergi ke rumah Tok Imam atau JuruNikah untuk mendapatkan tandatangan serta cop untuk pengesahan
  4. Hantar borang tersebut beserta dokumen yang lain ke Pejabat Agama
  5. Setelah Pejabat Agama mengeluarkan surat Akaun Kebenaran Berkahwin, selalunya proses mengeluarkan surat memakan masa selama 3 hari dan pergi berjumpa Tok Imam atau JuruNikah dan book tarikh nikah dan tempat nikah.

**dokumen yang diperlukan boleh disemak di entry sebelum ini.

Rujukan:
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
Prosedur Perkahwinan Negeri Pahang
http://jaip.pahang.gov.my/index.php/muat-turun/borang-dokumentasi

KELANTAN

Bagi Pihak/Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan

  1. Daftar dan lengkapkan borang di http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php
  2. Print borang yang telah lengkap diisi.
  3. Dapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.
  4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja).
  5. Hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu.

**dokumen yang diperlukan boleh disemak di entry sebelum ini.

Rujukan:
e-Qaryah Negeri Kelantan
Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan
http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php

MELAKA, PERAK, PERLIS, KEDAH, NEGERI SEMBILAN & WILAYAH PERSEKUTUAN

Bagi negeri Melaka, Perak,Perlis,Kedah dan Wilayah Persekutuan, Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) telah diguna pakai untuk bakal pengantin mendaftarkan perkahwinan mereka.

Bagi Pihak/ Bakal Pengantin Lelaki

  1. Isi dan lengkapkan borang online di
    http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
  2. Selepas permohonan online LULUS, download dan print borang tersebut 
  3. Pastikan semua dokumen yang diperlukan ada berserta salinan.
  4. Serahkan dokumen tersebut kepada pihak perempuan

Bagi Pihak /Bakal Pengantin Perempuan

  1. Setelah menerima borang daripada pihak lelaki, isi dan lengkapkan borang online di
    http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
  2. Selepas permohonan online LULUS, download dan print borang tersebut 
  3. Pastikan semua dokumen yang diperlukan ada berserta salinan.
  4. Hantar semua dokumen pihak perempuan dan lelaki ke pejabat agama dan perlu membayar RM 20.00 untuk pemprosesan.

Rujukan:
JAKIM
Prosedur Kebenaran Nikah Online Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Perlis, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
http://www.sppim.gov.my/sppim/help?back=sppim/bno

KONKLUSI

Prosedur mendaftar nikah/kahwin tidaklah sesusah yang anda sangka. Pastikan anda mengikuti langkah yang betul untuk mendaftar perkahwinan anda. Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada anda!