Pada hari ini kami di KerjaKahwin.Co ingin berkongsikan kepada anda bakal-bakal pengantin tentang langkah-langkah umum sebelum menghantar borang nikah di Pejabat Agama Johor Bahru. Proses penghantaran borang kahwin/nikah Johor tidak sama bagi negeri-negeri yang lain. Ini kerana setiap negeri ada prosedur yang tersendiri. Dokumen yang diperlukan juga ada perbezaannya.

Pada entri kali ini Admin akan kongsikan apa yang perlu bakal pengantin lakukan sebelum menghantar borang nikah di Pejabat Agama Johor Bahru secara khususnya berdasarkan pengalaman Admin sendiri.

1. Isi dan lengkapkan borang e-NCR

Klik link http://encr.johor.gov.my/ untuk membuat permohonan online bagi negeri Johor. Permohonan ini sah untuk 3 bulan dan perlulah diaktifkan dalam masa 14 hari. Kedua-dua bakal pengantin hendaklah mengisi borang online ini secara lengkap.

Apabila anda sudah melengkapkan permohonan baru di link ENCR tertera, anda perlulah muat turun segala slip dan lampiran yang diperlukan. Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui senarai lampiran yang perlu di disediakan.

2. Dapatkan tandatangan Saksi Borang

Bagi pengantin lelaki mahupun wanita, kedua-duanya perlu mendapatkan tandatangan 2 orang saksi bagi borang masing-masing. Salinan kad pengenalan mereka juga diperlukan. Saksi borang bukan saksi pernikahan. Saksi borang hendaklah 2 orang lelaki bukan ahli keluarga. Berikut adalah gambar Borang Pengesahan Saksi Permohonan.

3. Dapatkan Surat Akuan Bujang dan Mastautin di Pejabat Daerah

Anda perlulah mendapatkan tandatangan kedua-dua saksi borang (Bukan Ahli Keluarga) sebelum hadir ke Pejabat Daerah bagi mendapatkan Surat Akuan Bujang dan Mastautin.

4. Ujian HIV di Klinik Kesihatan

Ujian HIV hendaklah dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan berdekatan kediaman anda. Caj yang dikenakan hanya RM1. Kini borang ujian HIV boleh didapati di sini. Borang ujian HIV yang berada di e-NCR tidak akan digunakan di KK. Walau bagaimana pun, borang terkini Ujian HIV akan disediakan oleh pihak Klinik Kesihatan. Borang ujian HIV adalah sepeti dibawah :

5. Tulis nama di buku Pejabat Kadi untuk temujanji penghantaran borang nikah

Untuk menhantar borang permohonan nikah yang lengkap di Pejabat kadi, anda hendaklah membuat temujanji bertulis pada buku di Pejabat Johor Bahru. (Macam Admin, datang buat temujanji permohonan nikah pada 14 Mac 2021, dapat tarikh hantar borang pada 5 April 2021) Hal ini kerana, sekarang kita di zaman pandemik, jadi semuanya haruslah dilakukan mengikut temujanji.
Anda cuma perlu ke pejabat kadi dan minta untuk membuat temujanji hantar borang nikah.
Masa Admin buat temujanji tempoh hari, staff Pejabat Agama meminta untuk hadir pada tarikh yang ditetapkan bersama borang-borang yang lengkap dan hanya perlu hadir seorang sahaja iaitu bakal pengantin perempuan sahaja. Jadi, kesemua borang bakal pengantin lelaki hendaklah diserahkan kepada pengantin perempuan sebelum hari kejadian.

6. Hantar borang permohonan nikah pada tarikh temujanji yang ditetapkan

Anda perlu hadir pada tarikh yang telah ditetapkan bagi urusan penghantaran borang-borang lengkap bakal pengantin lelaki dan perempuan. Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, hanya bakal pengantin perempuan sahaja yang dibenarkan untuk hadir bagi menyerahkan borang permohonan nikah.

Nota Kaki

Informasi berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Facebook Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Sebarang pertanyaan atau permasalahan anda disarankan untuk terus menghubungi terus mereka. (Dikemaskini pada 13 Januari 2021)

Haaa, masih tertanya-tanya macam mana cara nak menyimpan duit kahwin? Jangan risau, klik di sini untuk baca entri kami tentang Cara Kumpul Duit Kahwin Sehari RM1