Berita baik untuk rakyat Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah memberikan Kursus Kahwin PERCUMA di bawah program Bantuan Intensif Kursus Kahwin Islam Negeri Johor
- Peserta perlu hadiri kursus kahwin dan membuat bayaran sebanyak RM120 seorang.
- Setelah tamat kursus, peserta boleh buat tuntutan semula RM120 dengan Pejabat Kadi Daerah bermula 1 September 2018.
Tolong share kepada pasangan, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan anda yang masih belum lagi menghadiri kursus kahwin, supaya mereka dapat manfaat bersama dan bergantung kepada syarat-syarat kelayakan.
Syarat–syarat kelayakan permohonan:

- Warganegara Malaysia.
- Rakyat Negeri Johor.
- Pemastautin yang melebihi lima (5) tahun.
- Kursus bagi perkahwinan kali pertama sahaja.
- Kursus yang diadakan di Negeri Johor sahaja.
- Hadir dengan jayanya Kursus Perkahwinan dengan bayaran RM120.00.
- Menghadiri kursus yang diadakan selepas 9 Mei 2018
Dokumen yang diperlukan:

- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan buku bank / penyata bank pemohon.
- Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Yang Asal dan salinan. Jika Sijil hilang, pemohon perlu mendapatkan surat pengesahan kehadiran dan bukti kehadiran kursus daripada penganjur.
- Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung atau Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (jika pemastautin), dan dokumen sokongan (bil-bil utiliti) jika berkaitan
INFO PENTING!
Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada penganjur kursus perkahwinan selepas tamat kursus atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil kursus dikeluarkan.
Tuntutan yang dihantar selepas 3 bulan dari tarikh kursus tidak akan diproses. Terima kasih.
Link untuk download borang permohonan:
http://jainj.johor.gov.my/tender/borangtkkp.pdf
Jadual kursus kahwin di Johor
[…] pasti akan sukakan perkongsian kami tentang Doorgift ideas 2019 , tips memilih hantaran dan Kursus Kahwin Percuma Johor.Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini. […]
[…] pasti akan sukakan perkongsian kami tentang hidden hantaran , tips memilih hantaran dan Kursus Kahwin Percuma Johor.Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan […]
[…] Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih barang hantaran kahwin. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang Doorgift ideas 2019 , Trend kahwin 2019 dan Kursus Kahwin Percuma Johor. […]