
Kursus Kahwin Skudai
Kursus kahwin yang dijalankan adalah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor menggunakan modul bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor diiktiraf seluruh negara.
Lokasi: Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin, Taman Universiti
Berikut ialah topik yang akan disentuh sepanjang 2 hari berkursus:
- AKIDAH & IBADAH
- PENGURUSAN SUMBER KELUARGA
- PERSEDIAAN KEIBUBAPAAN
- PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA
- KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
- PERBUBARAN PERKAHWINAN
- MUNAKAHAT
- AKHLAK DALAM PERKAHWINAN
- PENGURUSAN KONFLIK & STRESS
- PERKHIDMATAN RUNDING CARA
Etika Pemakaian
Pakaian Lelaki:
- Baju Melayu Lengkap, Bersamping & Bersongkok
- Baju Melayu, Seluar Slack & Bersongkok
- Baju Kemeja, Seluar Slack & Bersongkok
Pakaian Perempuan:
- Baju Kurung Yang Tidak Ketat/Nipis & Bertudung
- Jubah Yang Tidak Ketat/Nipis & Bertudung
Lokasi Kursus:
- Minggu Pertama: Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai, Johor dan Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor.
- Minggu Kedua: Dewan Bankuet, Jalan Tembusu 1, Taman Rinting, Johor
- Minggu Ketiga: Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai, Johor dan Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor.
- Minggu Keempat: Dewan Bankuet, Jalan Tembusu 1, Taman Rinting, Johor dan Pengurusan Peladang Pandan, Johor.
- Menyediakan tempat solat, parking percuma dan dewan yang selesa.
Yuran Kursus:
- RM120 (Bayar pada hari pendaftaran kursus) – termasuk makan & minum.
Tempoh Kursus:
- Kursus adalah selama 2 hari : Sabtu dan Ahad
- Pendaftaran bermula pada hari Sabtu: 7.15 pagi – 8.30 pagi
- Kursus sepanjang hari Sabtu : 8.30 pagi – 5.30 petang
- Kursus sepanjang hari Ahad : 8.00 pagi – 5.30 petang
Kelebihan:
- Tenaga pengajar bertauliah
- Tiada tarikh lupus
- Sijil diiktiraf
- Fail serta alat tulis disediakan
Dokumen yang wajib dibawa semasa pendaftaran:
- 1 keping salinan kad pengenalan (warganegara)
- 1 keping salinan passport (bukan warganegara)
- 1 keping salinan pengesahan sekiranya kakitangan polis/askar
- 1 keping salinan pengesahan memeluk agama islam (mualaf/convert)
- 1 keping gambar ukuran passport (L-bersongkok, P-bertudung)