Pertunangan Terpaksa Dibatalkan kerana PKP (Credit : Buletin TV3)

Pertunangan merupakan satu ikatan janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin). Bertunang adalah persetujuan oleh kedua-dua belah pihak untuk membina mahligai suami isteri. Pertunangan amat penting sebelum berkahwin kerana ia bertujuan untuk mengenal budi dan diri pasangan sebelum bersetuju diakad nikahkan. Bertunang juga melatih diri dan pasangan agar mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin.

Namun, pertunangan bukanlah semuanya indah belaka. Terdapat pelbagai dugaan semasa pertunangan. Oleh itu, diri sendiri dan pasangan haruslah bijak dan berkompromi semasa mengendalikan masalah dan dugaan yang menimpa ketika pertunangan. Antara dugaan bertunang ialah masalah diri sendiri, masalah daripada pasangan, masalah keluarga dan campur tangan orang luar serta masalah kewangan.

Masalah Diri

Selesa Hidup Bujang

Merasakan bahawa hidup bujang lebih mudah kerana tidak mempunyai komitmen yang tinggi. Lebih suka hidup bersendirian berbanding mempunyai pasangan.

Bimbang tentang masa hadapan

Bimbang terhadap apa cabaran yang bakal ditempuhi selepas bertunang dan berkahwin.

Rasa kurang percaya terhadap pasangan

Meragui kesetiaan pasangan serta merasakan bahawa diri dan pasangan tidak boleh mengharungi fasa pertunangan dan perkahwinan. Selain itu, terdapat juga masalah apabila berjumpa orang ketiga dan merasakan orang ketiga itu lebih baik daripada pasangannya.

Pertunangan jarak jauh

Diri jauh dengan pasangan maka timbul syak wasangka. Selain itu sering merasa rindu terhadap pasangan. Rasa diri kesunyian kerana berjauhan dengan pasangan lalu mencari orang lain untuk menghilangkan rasa sunyi. Sukar berkomunikasi juga merupakan dugaan bertunang jarak jauh.

Tiada masa untuk pasangan

Terlalu sibuk mencari rezeki sehingga tiada masa untuk pasangan. Luangkan masa lebih lama pada permainan video berbanding pasangan juga boleh menyebabkan pasangan merasakan mereka tiada masa untuknya.

Masalah Pasangan

Pasangan panas baran

Pasangan sering marah, mood tidak stabil, dan mempunyai tabiat memukul juga boleh menyebabkan hubungan pertunangan terjejas. Seeloknya kawal kemarahan serta dapatkan kaunseling dari kaunselor bagi mengurangi sifat pemarah.

Pasangan kuat cemburu atau cemburu buta

Pasangan terlalu cepat cemburu terhadap benda yang remeh. Sering syak wasangka terhadap pasangan serta merasakan pasangan tidak setia.

Pasangan kedekut dan berkira

Sering berkira dan tidak bertolak ansur. Kedekut terhadap diri sendiri, pasangan dan keluarga.

Pasangan tiada kerja dan sering bertukar kerja

Jika pasangan tiada pekerjaan, persepsi orang sekeliling akan menyangka bahawa dia tidak serius bagi menghalalkan perhubungan. Sedangkan kini pelbagai pekerjaan alternatif seperti e-hailing atau penghantar makanan mudah untuk dipohon. Apabila pasangan tidak mempunyai pekerjaan tetap, maka kewangan mereka juga akan terjejas.

Masalah Kewangan

Tiada simpanan untuk kahwin

Masing-masing tidak beringat untuk membuat simpan. Kena ingat, kos untuk membuat majlis merisik, tunang, dan perkahwinan memakan kos yang tinggi. Itu belum kira lagi kos kehidupan selepas kahwin. Sepatutnya lelaki mahupun perempuan menyediakan tabung khas untuk perkahwinan. nak tahu tips menyimpan duit kahwin? Boleh klik di sini https://kerjakahwin.co/cara-kumpul-duit-kahwin-sehari-rm1/

Keluarga pihak perempuan meletakkan hantaran tinggi

Kadangkala ada keluarga yang menetapkan hantaran yang tinggi dengan alasan anak perempuan mereka mempunyai pendidikan yang tinggi. Walhal pihak lelaki tidak mampu memberikan hantaran yang setinggi itu. Ada juga keluarga yang meletakkan hantaran mengikut trend sekarang kerana tidak mahu malu dengan saudara-mara yang lain.

Impikan majlis kahwin besar-besaran luar dari kemampuan

Rasa tercabar dengan majlis perkahwinan orang lain dan ingin berlumba-lumba dalam membuat majlis secara besar-besaran. Terpengaruh dengan rakan-rakan yang membuat kenduri kahwin ‘grand’.

Nota Kaki

Sebenarnya pertunangan tidaklah mempunyai cabaran yang tinggi jika masing-masing memainkan peranan dengan betul. usah berasa takut untuk bertunang kerana ia merupakan antara fasa bagi menghalalkan perhubungan. Setiap keputusan yang kita lakukan semestinya mempunyai cabaran. Segalanya terletak pada diri kita sendiri sama ada kita mampu mempertahankan hubungan tersebut atau tidak.