Pada minggu ini, kami kongsikan dengan anda tips-tips dan idea untuk doorgift Majlis kahwin anda! Berikut adalah tips dan idea doorgift yang boleh digunakan untuk majlis anda.

Tips Memilih Doorgift

1. Tentukan jenis doorgift 

Pilih sesuatu yang berguna atau mempunyai nilai sentimental tersendiri untuk dijadikan doorgift. Anda boleh memilih antara makanan atau cenderamata. Jika idea seperti biskut dan manisan agak membosankan, anda boleh menukarnya dengan memberi cutlery ataupun set mandian mini.

2. Pilih target group

Setiap majlis tentu ada pihak yang kita tertunggu-tunggu dan dinanti-nantikan bukan? Jadi berikanlah sesuatu yang berbeza untuk mereka. Barulah mereka rasa dihargai oleh kita! Asingkan doorgift untuk tetamu istimewa (VIP) seperti tetamu daripada belah lelaki dan kawan kawan rapat dengan doorgift untuk tetamu lain. Berikan sesuatu yang istimewa dan berlainan untuk tetamu VIP sebagai tanda meraikan kedatangan mereka.

3. Tentukan bajet

Letakkan bajet untuk membeli doorgift. Pastikan harga setiap doorgift tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah. Dapatkan harga yang kompetitif. Mengapa bayar lebih? beli sahaja secara pukal daripada penjual. Jangan membazir! Beli sahaja apa yang perlu.

4. Pilih vendor/ supplier

Cari vendor yang menyediakan doorgift yang berkualiti dengan harga yang murah. Pastikan juga vendor yang dipilih boleh dipercayai. Jika anda membeli manisan seperti biskut, dapatkan dahulu sampel sebelum proceed dengan pembelian.

5. Buat perbandingan 

Buat perbandingan sebelum menempah. Pastikan idea yang dipilih adalah praktikal iaitu boleh digunakan oleh semua orang dan tahan lama supaya tidak lah nanti dibuang atau rosak. Senaraikan semua doorgift pilihan anda berserta vendor dan harga. Kemudian, pilih idea yang terbaik diantara kesemua idea yang anda bandingkan.

6. Tempah doorgift sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis.

Akhir sekali, elakkan menempah doorgift terlalu awal jika anda memilih makanan supaya ia kekal fresh dan elok semasa majlis. Elakkan juga menempah terlalu lewat terutama sekali jika anda memilih custom-made products. 

Doorgift Ideas

1. Reusable straw dan sudu garfu

credit IG: chouettedoorgift

Memandangkan tahun 2020 ini banyak kempen yang melibatkan alam sekitar, why not anda memberi reusable straw dan sudu garfu kepada tetamu anda. Dapatlah mengurangkan pencemaran sekaligus menyelamatkan alam sekitar. One step closer to safe the environment!

Tempah sudu dan garfu di chouettedoorgift
Untuk reusable straw, boleh saja cari di aliexpress ataupun shopee .

2. Biskut, manisan atau kuih tradisional

Credit IG: doorgiftby_ura

Biscuit in jar juga semakin mendapat tempat dihati tetamu. Jar kaca yang dihias cantik dan dipenuhi dengan manisan seperti choc cookies atau brownies antara salah satu idea menarik untuk doorgift. Oh! Tak lupa juga pada peminat kuih tradisional. Bahulu antara kuih popular yang dijadikan doorgift kerana ianya tahan lama dan boleh dinikmati oleh sesiapa saja tidak mengira usia.

Tak tahu mahu order di mana? Order saja di doorgiftby_ura

3. Bekas makanan atau botol minuman

Pening nak bagi apa? Bagi saja bekas makanan kepada tetamu. Boleh juga diguna sehari hari nanti. Contohnya, bekas makanan plastik, botol air dan juga jug plastik. Beli sahaja di kedai seperti Eco-shop. Baru RM2.10 setiap satu!

4. Jem roti atau madu

Credit IG: arkadiusgift

Jem roti atau madu juga sesuai dijadikan doorgift. Selain daripada packaging yang menarik, jem roti atau madu boleh di makan dan disimpan lama. Tak usah pening kepala, tempah saja di arkadiusgift

5. Roti dan air kotak/tin

Roti dan air kotak juga antara idea yang boleh dijadikan doorgift. Jimat masa dan tenaga anda, tak perlu risau tentang rasa dan kredibiliti produk. Roti memang digemari oleh semua orang. Tips!! Beli terus daripada pembekal untuk mendapat harga yang lebih murah!

6. Set mandian mini

Credit IG: myparty.box & buihco

Bosan dengan makanan, berikan sesuatu yang berlainan seperti set mandian istimewa yang tertera label nama anda dan pasangan. Tentu menarik!

Mana nak dapat? Tempah saja di myparty.box atau buihco

7. Makanan ringan, gula-gula (candy) atau custommade coklat

Credit: arkadiusgift

Ini pilihan paling mudah yang selalu dipilih oleh bakal pengantin kerana ianya senang untuk didapati dan murah.

Anda boleh DIY sendiri ataupun nak mudah, order saja di arkadiusgift

8. Kicap mini atau kordial air

Berikan kicap ,cili atau kordial air kepada tetamu anda. Untung- untung boleh digunakan untuk memasak. Berguna juga doorgift yang anda beri ini.

Syarikat Jalen dan Enaq sauce banyak menawarkan produk mini seperti ini. Layari sahaja laman web mereka untuk menempah.

9. Kipas dan custommade payung

Credit IG: hellokraf

Jika anda mempunyai bajet yang berlebihan, tidak salah untuk dibelanjakan pada doorgift. Bolehlah berikan tetamu anda sesuatu yang berbeza seperti payung dan kipas. Idea ini di inspirasikan daripada perkahwinan Sharifah Sakinah. Boleh lah anda custom nama pada payung , tentu nampak esklusif!

Dapatkan kipas dan pelbagai lagi barangan doorgift menarik daripada hellokraf

Nota Kaki

Tidak kiralah apa yang anda beri, yang penting ikhlas. Jangan disebabkan nak mengejar trend semasa, anda membazir pula. Elakkan pembaziran! Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda!