Sebagai seorang muslim atau orang islam, akad nikah adalah perkara paling penting sebelum sesebuah ikatan perkahwinan itu diiktiraf. Jadi, pastikan anda telah menyemak semua dokumen yang diperlukan supaya nanti tiada lah dokumen yang tertinggal. Namun, prosedur akad nikah berbeza mengikut negeri masing-masing. Walaupun begitu, dokumen yang diperlukan lebih kurang sama.

Berikut adalah dokumen asas yang perlu disediakan sebelum anda melangsungkan pernikahan dan pastikan dokumen dilengkapkan terlebih awal untuk mengelakkan last minutes work yang boleh menyebabkan majlis akad nikah dan perkahwinan terpaksa ditunda.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Kad Pengenalan dan Salinan kad pengenalan
  2. Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi lelaki (Saksi Borang
  3. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Salinan  
  4. Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  5. Surat pengesahan status pemohon dari Majikan (Muslim Islam) atau Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah)
  6. Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah) ** jika alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan.
  7. Salinan Kad Pengenalan Wali (Bagi perempuan
  8. Sijil Nikah IbuBapa dan Salinan (Bagi perempuan
  9. Sijil Kematian Bapa (Jika wali selain bapa
  10. Sijil Cerai/Kematian & Sijil Nikah serta Salinan (Sekiranya anda duda/janda
  11. Surat Akuan Memeluk Islam (Bagi Mualaf
  12. Akuan Bersumpah Belum Berkahwin / Perintah Pembubaran Perkahwinan dari Mahkamah (Bagi Mualaf
  13. Kebenaran Mahkamah (Sekiranya anda ingin berpoligami/wali hakim/ janda berhias/bawah umur
  14. Kebenaran Khas Majikan (Bagi anggota Polis/Tentera
  15. Kebenaran Khas Istana (Jika berkahwin dengan kerabat Diraja

Dokumen Tambahan diperlukan sekiranya anda berkahwin di negeri bukan negeri kelahiran, warga asing, atau pemastautin tetap.

A) DOKUMEN BAGI PERNIKAHAN PASANGAN DARI LUAR DAERAH / NEGERI

DOKUMEN BAGI PERNIKAHAN PASANGAN DARI LUAR DAERAH / NEGERI
*gambar hanya ilustrasi
  1. Borang Kebenaran Berkahwin dari Luar Daerah atau Luar Negeri. 
    (Borang 2A- bagi lelaki, Borang 2C- bagi perempuan)
    Bagi yang bernikah di luar daerah atau di luar negeri kelahiran, anda perlu mendapatkan surat kebenaran untuk bernikah. Contohnya, bakal suami (Melaka), dan majlis akad nikah akan diadakan di Selangor, tempat kelahiran bakal isteri, maka bakal suami perlu mendapatkan kebenaran untuk bernikah di Selangor. Begitu juga sebaliknya.

B) PEMASTAUTIN TETAP / SEMENTARA

PEMASTAUTIN TETAP / SEMENTARA
*gambar hanya ilustrasi
  1. Kad Pengenalan (Mykad)
  2. Pengesahan Dokumen (Pejabat Pendaftaran)
  3. Pengesahan Kedutaan/Konsulat Negara Asal
  4. Pengesahan Bermastautin daripada Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  5. Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak hadir (Bagi perempuan)
  6. Sijil kursus Pra-Perkahwinan dan salinan
  7. Pengesahan Laporan Kesihatan (HIV)
  8. Sijil Kelahiran (bagi yang lahir di Malaysia)
  9. Permit masuk (bagi yang lahir di luar Negara)
  10. Sijil cerai atau surat mati dan salinan (Bagi duda/janda)

** Permohonan ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (Kadi Besar / Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarak)]

C) WARGANEGARA ASING NIKAH DI MALAYSIA

WARGANEGARA ASING NIKAH DI MALAYSIA
*gambar hanya ilustrasi
  1. Pasport dan Kad Pengenalan Diri serta salinan
  2. Pas Lawatan (Visit Pass) yang masih sah laku (kecuali Pas Lawatan Kerja Sementara sahaja -TE).
  3. Surat Kebenaran Berkahwin Dari Pihak Berkuasa Agama Negara Asal.
  4. Surat Pengesahan Permohonan Bernikah dari Registry of Muslim Marriages (ROMM) (bagi warganegara Singapura)
  5. Dokumen Keterangan Wali (Bagi perempuan).
  6. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan salinan.
  7. Pengesahan Laporan Kesihatan (HIV) .
  8. Pengesahan Dokumen Perjalanan oleh Imigresen (Surat boleh diambil di Pejabat Kadi kecuali Singapura dan Brunei)
  9. Kebenaran Kedutaan/Konsulat Jeneral/Konsul (Kecuali Singapura dan Brunei)

** Pemohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (Kadi Besar / Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarak)