Semenjak zaman moden ni, kos kahwin asyik meningkat dari tahun ke tahun. Kos kahwin zaman sekarang bukannya rendah seperti zaman dahulu. Tambahan lagi dengan khemah, pelamin, katering, kos sewa baju pengantin, dan lain-lain. Ada pula yang kos sememangnya tidak masuk akal. Iyalah zaman dah semakin moden kan…
Nak tak nak, baik lelaki mahupun wanita, masing-masing kena simpan duit kahwin. Kebiasaannya lelakilah yang perlu bayar kos majlis, duit hantaran, mas kahwin dan banyak lagi.
Rasa macam terbeban kan? Tetapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ini antara cara nak simpan duit untuk kahwin dengan hanya berbekalkan RM1 sehari.
Konsep RM1 sehari ni ada dua cara yang boleh anda lakukan :
- Simpan bersama pasangan
- Simpan secara bersendirian
Cara 1 : Simpan bersama Pasangan

Korang dengan pasangan korang pilih sama ada nak genap ataupun ganjil
Katakan lelaki dapat ganjil. Jadinya, setiap 1hb lelaki masukkan RM1 dalam balang dan seterusnya pada 3hb – RM3, 5hb – RM5 hingga akhir bulan. Perempuan dapat genap kan, jadinya perempuan ambil 2hb, lepastu masukkan RM2, 4hb – RM4 hingga akhir bulan.
Kalau nak senang, masukkan amaun duit sama dengan tarikh

Wahh ! Senang bukan ?
Cara 2 : Simpan secara Bersendirian

Kalau nak simpan sendiri, tak nak dengan pasangan pun boleh je.. Caranya sama sahaja dengan Cara 1 tapi setiap hari kena masukkan duit. Jadi yang pilih genap dan ganjil tu takdelah, sebab solo kan menyimpannya. Tapi rasa macam akhir bulan duit akan cepat habis? Takpe ada caranya jugak..
Caranya, terbalikkan Cara 1 tu. Maksudnya, masa 1hb, masukkan RM30. 2hb masukkan RM29 sampailah 30hb masukkan RM1. Senangkan, akhir bulan masukkan RM1 je. Amaun dia sama sahaja iaitu RM465, tapi jangan sampai tersilap masuk amaun pulak.

Sampai disini sahaja tips dan cara mengumpul duit untuk kos kahwin. Semoga anda semua berjaya mengikuti cara ini…
Nota Kaki
Apa pun pilihan anda, pastikan anda berjaya menyimpan duit mengikut matlamat masing-masing. Pilih yang terbaik bagi anda dan juga pasangan. Tak perlu terlalu tergesa-gesa dan bijak merancang. Langkah paling efektif untuk tips ini berjaya adalah semangat dan keyakinan…
[…] Masing-masing tidak beringat untuk membuat simpan. Kena ingat, kos untuk membuat majlis merisik, tunang, dan perkahwinan memakan kos yang tinggi. Itu belum kira lagi kos kehidupan selepas kahwin. Sepatutnya lelaki mahupun perempuan menyediakan tabung khas untuk perkahwinan. nak tahu tips menyimpan duit kahwin? Boleh klik di sini https://kerjakahwin.co/cara-kumpul-duit-kahwin-sehari-rm1/ […]