Menentukan jumlah tetamu memang memeningkan untuk difikirkan. Kali ini, kami akan ajarkan cara untuk mengira tetamu yang bakal hadir ke majlis kahwin anda.

Sebagai tuan rumah,kita pastinya mahukan yang terbaik semasa menjamu dan melayan tetamu yang dijemput. Tentunya kita runsing memikirkan berapa banyak makanan nak kena order, doorgift nak disediakan untuk berapa orang dan berbagai bagai lagi. Dilema yang sering dilalui ialah kalau order banyak, tapi tetamu tak ramai nanti membazir. Kalau order sikit takut tak cukup.

Bagaimana untuk menganggarkan berapa ramai tetamu yang akan hadir pada majlis tersebut? Tips ini boleh digunakan untuk menempah katering, doorgift dan juga kad kahwin.

Cara Untuk Mengira Jumlah Tetamu Yang Bakal Hadir

Ada dua cara untuk mengira tetamu:

Cara 1

Cara 2

kedua-dua cara ini akan meberi jawapan yang sama. Tinggal anda pilih formula mana yang lebih mudah diikuti dan difahami.

Masih tak faham? Takpe, kami jelaskan lagi.

Pertama, buat senarai nama tetamu dan anggarkan jumlah tetamu yang ingin dijemput.

Kedua, kira bilangan kad yang ingin ditempah. Macam mana? Kebiasaannya, 1 kad mewakili 3-4 tetamu untuk satu keluarga. Contohnya, kita ambil 1 keluarga bersamaan 4 tetamu. Anda ingin menjemput 1000 orang. Untuk mengetahui jumlah kad yang perlu ditempah, bahagi sahaja 1000 orang kepada 4 tetamu (1 keluarga). Jadi jumlah kad yang perlu ditempah ialah 250 keping untuk 1000 orang.

Bila dah tahu berapa jumlah kad untuk ditempah, barulah dikira berapa ramai tetamu yang bakal hadir ke majlis nanti. Mudah kan?

Nota Kaki

Semoga apa yang kami kongsikan bermanfaat untuk anda! Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini.  Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.