Apakah mas kahwin? Adakah ianya wajib? Jawapannya adalah Ya. Hari ini kami akan kongsikan sedikit info ringkas mengenai perbezaan wang hantaran dengan mas kahwin.

Mas kahwin ialah mahar yang wajib diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan atas sebab perkahwinan seperti yang telah ditetapkan oleh syarak dan amaunnya juga berbeza bagi setiap negeri Klik di sini untuk Senarai Mas Kahwin Bagi Setiap Negeri

Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sahaja. Suami mahupun keluarga tidak berhak mengambil mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan isteri. Terserah kepada pengantin perempuan mahu berbelanja mas kahwin mereka untuk apa. Ada yang menggunakan wang mas kahwin untuk kegunaan selepas kahwin, ada juga yang menggunakannya untuk membeli emas. Ini kerana emas seperti jongkong emas dan dinar emas sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang.

Tidak seperti mas kahwin, wang hantaran adalah tidak wajib namun telah menjadi adat kita bahawa pengantin lelaki akan memberikan wang hantaran buat pengantin perempuan atau keluarganya.

Apa itu wang hantaran ? Wang hantaran adalah hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh kedua -dua pihak keluarga.

Wang hantaran boleh diberikan kepada keluarga perempuan bagi menguruskan majlis perkahwinan mereka. Namun ia juga bukanlah hak sang isteri sepenuhnya.

Nilai wang hantaran mengikut taraf akademik yang dibincangkan di laman Facebook (Sumber dari JAKIM)

Islam tak menggalakkan kita untuk meletakkan mas kahwin terlalu tinggi agar tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki. Perkahwinan dan islam sangat mudah jadi kita sebagai umat jangan rumitkan.

Idea Hiasan Untuk Mas Kahwin dan Wang Hantaran