Mencari ‘wedding planner’ bukanlah mudah. Ramai yang bagus-bagus, tapi untuk mencari yang ‘ngam’ agak susah. 7 Tips ini mungkin dapat membantu anda.

#1: Lokasi

Pilih perancang perkahwinan yang lokasinya dekat dengan tempat majlis anda akan berlangsung. Sebabnya, jika berhampiran, beliau berkemungkinan besar ada ‘connection’ yang banyak di sana atau pernah bekerja di lokasi majlis anda serta pernah bekerjasama dengan vendor-vendor sekitar lokasi.

#2: Vendor pilihan

Selalunya perancang perkahwinan ada vendor-vendor ‘favourite’ beliau. Daripada kad kahwin hinggalah ke pilihan pelamin dan bunga. Ambil sedikit masa untuk mengenali vendor pilihannya ini untuk mengetahui ‘style’ dan citarasa perancang perkahwinan anda ini.

#3: Personaliti

Jika anda tidak perlu selalu berjumpa, mungkin hal ini tidak menjadi masalah untuk anda. Namun, dalam merancang perkahwinan, anda tentunya akan selalu berhubung. Cari perancang perkahwinan yang anda betul-betul selesa dan suka. Jika anda sendiri tidak berkenan dengan perancang perkahwinan anda, khuatir menambahkan stress pula.

#4: Pengalaman

Lebih baik jika anda mengambil khidmat perancang perkahwinan yang ada pengalaman. Mereka lebih arif tentang selok belok dunia persiapan perkahwinan. Mereka sudah bersedia untuk perkara-perkara yang tidak diduga dan ada penyelesaian untuknya. Selain itu, mereka juga ada banyak ‘connections’. Namun, jika anda mahu memberi peluang kepada perancang perkahwinan yang baru meningkat naik pun tidak salah. Selagi anda percaya dan yakin dengan kemampuan mereka, go ahead.

#5: Masa

Perhatikan masa yang diambil untuk menjawab email/whatsapp anda. Jika beliau ambil masa yang lama, atau banyak kali sangat menunda pertemuan, pertimbangkan untuk ambil perancang perkahwinan yang lain. Memang bukan anda seorang saja bakal pengantin yang beliau perlu uruskan, tapi, dengan wang yang anda laburkan, sepatutnya, anda patut mendapat perhatian yang setimpal.

#6. Portfolio

Macam masa anda pilih jurufoto, anda kena ada rasa teruja dan ‘amazed’ bila melihat gambar-gambarnya, begitu juga dengan perancang perkahwinan. Anda kena ada rasa ‘wow’ apabila melihat portfolionya. Jika anda rasa tidak teruja, mungkin anda lebih sesuai dengan perancang perkahwiann yang lain.

#7: Citarasa

Untuk berkolaberasi, yang penting sekali adalah jika anda ‘ngam’. Paling bagus jika anda suka ‘taste’-nya. Bagaimana beliau menghias kerusi, pilihan bunga dan sebagainya. Jika anda sendiri tidak gemar akan ‘taste’-nya,besar kemungkinan akan ada rasa kurang senang kelak.

Perunding perkahwinan yang sesuai akan dapat memberi tambahan idea atau mencantikkan lagi idea asal anda dan pasangan anda dan bukannya cakap ‘Tak boleh, tak boleh.’ dan paksa anda ikut ideanya. Selalu ingat yang ini adalah majlis anda dan pasangan. Cari perunding perkahwinan yang sama teruja dengan anda.

Nota kaki

Semoga informasi ini sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami antaranya,tips simpan duit kahwinmemilih tema malam berinai dan tips jumpa bakal mertua.Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini.  Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.