Setiap daripada kita memasang impian untuk membina mahligai bahagia bersama orang yang tersayang. Tetapi, tidak semua orang tahu persediaan sebelum berumah tangga. Persiapan sebelum kahwin perlulah dibuat dengan sempurna dan rapi.
Berikut adalah tips persediaan sebelum anda bernikah.

1. PILIH PASANGAN 

mencari pasangan yang sesuai untuk menjalani kehidupan bersama

Pernikahan tidak mungkin berlaku jika anda tidak mempunyai pasangan. Maka, langkah pertama sebelum anda mendirikan rumah tangga, anda harus mencari pasangan yang sesuai untuk menjalani kehidupan bersama.

2. HADIRI KURSUS KAHWIN

hadiri kursus kahwin

Daftar awal untuk kursus kahwin! 

Kursus kahwin wajib dihadiri jika anda ingin melangsungkan perkahwinan. Secara amnya, kursus kahwin penting kerana setiap pasangan perlu mengetahui dan memahami tanggungjawab suami kepada isteri begitu juga sebaliknya.

Melalui kursus ini, anda juga akan diterangkan cara-cara untuk mendaftarkan perkahwinan anda. Segala maklumat seperti dimana anda boleh mendapatkan borang nikah, apa syarat bagi mendaftar nikah dan sebagainya akan diterangkan di dalam kursus ini.

Anda dinasihatkan supaya menghadiri kursus ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlangsungnya majlis supaya anda mempunyai masa yang cukupi untuk merancang majlis perkahwinan dengan teratur dan teliti.

3. PILIH TARIKH

pilih tarikh yang sesuai untuk bernikah kahwin

Pemilihan tarikh perkahwinan merupakan perkara utama yang perlu difikirkan sebelum melangsungkan perkahwinan. Kebanyakan pasangan lebih gemar memilih tarikh yang mudah diingati. Selain itu, musim perayaan atau cuti sekolah antara tarikh yang popular dipilih oleh pasangan.

Pemilihan tarikh amat penting kerana ianya akan mempengaruhi bajet dan jumlah undangan majlis anda. Berbincang dengan keluarga supaya tarikh yang dipilih tidak bertindih dengan majlis saudara mara atau ahli keluarga yang lain.

4. JALANI UJIAN HIV

ujian HIV sebelum bernikah dan kahwin

Di Malaysia, ujian saringan HIV perlu di laksanakan sebelum seseorang itu melangsungkan pernikahan. Ujian ini mempunyai tempoh sah laku selama 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan.  

Ujian ini amat mudah untuk dilakukan. Namun, anda hanya boleh melakukan ujian ini di klinik kerajaan sahaja. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan mengisi borang ujian saringan HIV yang disediakan oleh klinik kesihatan. 

Nombor rujukan borang HIV penting bagi mengisi borang nikah secara online. Bayaran yang dikenakan kebiasaannya hanyalah RM1. Anda hanya perlu menunggu 15-20 minit untuk mengetahui keputusan ujian tersebut. 

5. DOKUMEN DAN BORANG PERKAHWINAN

Pastikan borang-borang sudah dilengkap sebelum nikah kahwin

Perkara penting sebelum bernikah adalah mengisi borang-borang penting seperti borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang dan borang saksi. Borang ini perlu di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah.

Pasangan yang ingin bernikah akan melalui sesi temubual berkaitan tanggungjawab suami dan isteri bersama pegawai agama. Prosedur ini sering diamalkan di negeri Johor dan mungkin berbeza mengikut ketetapan daripada Jabatan Agama di negeri masing-masing.

6. TEMPAH JURU NIKAH 

Tempah juru nikah sebelum majlis

Juru nikah perlu ditempah awal supaya tarikh nikah anda tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Bagi yang mempunyai ayah dan mampu menikahkan anaknya, perkara ini bukan masalah bagi mereka. Tetapi bagi yang tiada, khidmat juru nikah amat diperlukan. Tempahan juru nikah boleh dilakukan sekiranya permohonan nikah anda telah diluluskan.

KONKLUSI

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Perancangan awal dapat membantu proses ini berjalan dengan lebih lancar. Bagi mengelakkan sebarang kemasalahatan, prosedur yang teliti perlu dititik beratkan supaya tidak mengundang kesusahan di kemudian hari. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.