Bila sebut soal kahwin tentu ramai yang runsing memikirkan wang perbelanjaan majlis kahwin. Yelah, belanja kahwin bukannya sikit. Oleh itu, kami kongsikan tips kumpul duit kahwin untuk anda ikuti dengan mudah.

Tips Kumpul Duit Kahwin

1. Disiplin

Disiplin amat penting sebelum anda memulakan apa-apa perancangan. Usaha tanpa disiplin sama sahaja seperti angan-angan mak jenin. Untuk berjaya, pastikan anda mempunyai disiplin yang tinggi.

Seperti kata pepatah, ” di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” begitulah kalau anda ingin menyimpan duit, tentu ada sahaja jalannya. Yang penting, anda berdisiplin. Duit yang disimpan tak boleh diusik sehingga majlis kahwin dilangsungkan. Jika duit tersebut digunakan, anda perlu menggantikan semula amaun yang diambil.

2. Sediakan tabung kahwin

Beli/sediakan tabung yang dikhaskan untuk kahwin. Asingkan simpanan untuk kahwin  dengan simpanan yang lain untuk memastikan duit kahwin anda tidak usik.

3. Bina pelan penyimpanan wang

Sediakan pelan penyimpanan wang bersesuaian dengan anda. Pastikan pelan yang dibina boleh dicapai dan dilaksanakan. Oleh kerana itu,disiplin yang tinggi amat diperlukan.

Ada pelbagai cara untuk menggalakkan anda menyimpan dengan mudah. Antaranya, cabaran duit (money challenge) dimana anda perlu menyimpan duit mengikut jumlah yang ditetapkan dalam masa tertentu.

Selain itu, anda boleh menggunakan teknik kod warna (colour coding) dimana wang yang berwarna tertentu perlu disimpan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan. Sebagai contoh, anda memilih duit berwarna biru (wang RM1). Setiap kali anda ada RM1, anda perlu menyimpannya dan tidak boleh dibelanjakan.

Teknik ini berbeza dengan cabaran duit (money challenge) kerana jumlah simpanan tidak ditetapkan. Maka, jumlah duit yang disimpan bergantung kepada kekerapan anda menyimpan.

Bagaimana Membina Pelan Simpanan?

  1. Tentukan amaun yang ingin disimpan.
  2. Tetapkan tempoh penyimpanan.
  3. Bina pelan penyimpanan yang bersesuaian dengan anda.

Contoh pelan simpanan.

Jumlah simpanan (saving goals): RM10,000

Tempoh penyimpanan: 2 tahun ( 24 bulan)

Pelan simpanan yang dicadangkan:

4. Tambah sumber pendapatan

Jika pendapatan sekarang tidak mencukupi untuk anda menyimpan, cuba cari sumber pendapatan tambahan. Anda boleh bekerja sambilan seperti menjadi pemandu e-hailing (Grab,Uber dan lain lain) atau menjadi pekerja sambilan dimana-mana organisasi. Sekurang-kurangnya ianya dapat membantu menambah pendapatan anda dan boleh lah anda mula menabung.

Nota kaki

Diharapkan informasi ini sedikit sebanyak membantu anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang hidden hantaran , tips memilih hantaran dan tips jumpa bakal mertua.Jika anda mempunyai sebarang idea mahupun cadangan boleh comment dan share artikel ini.

Jangan lupa untuk like dan follow FB dan Instagram kami.